PEMAIN Uruguay menjulang piala Copa America 2011 selepas menundukkan Paraguay 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Monumental, Buenos Aires, awal pagi tadi. - Foto REUTERS |
BUENOS AIRES: Uruguay menewaskan Paraguay 3-0 untuk memenangi rekod ke-15 Copa America apabila penyerang Diego Forlan menyumbat dua gol untuk rekod jaringan ke-31 antarabangsanya, awal pagi tadi.
Penyerang Liverpool, Luis Suarez juga berada pada sasaran terbaiknya apabila membantu Uruguay merampas takhta benua itu sejak 1995 dan memecah rekod kejuaraan ke-14 yang dikongsi bersama Argentina.
Suarez membuka jaringan awal pada minit ke-12 apabila membuat sepakan lencong hanatran Dario Veron dan melepasi gawang penjaga gol, Justo Villar.
Bekas penyerang Manchester United, Forlan pula menambah jaringan pada tiga minit separuh masa kedua.
Forlan melengkapkan kemenangan 3-0 Uruguay dengan menyudahkan gol antarabangsa ke-31 miliknya pada minit terakhir permainan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan