TATKALA ramai yang memuji kehebatan nyanyian serta fesyen pelik penyanyi Lady Gaga, seorang wartawan Kanada, Ian Halperin, memberitahu bahawa penyanyi itu mungkin sedang menderita penyakit Lupus.
"Mereka yang pernah bekerja dengan Gaga memberitahu saya bahawa dia hampir tidak makan selama berminggu-minggu supaya dapat mengenakan kostum dan dia dikatakan terlalu obses dengan berat badannya.
"Malah Gaga sanggup menghabiskan masa berjam-jam menatap tubuh badannya di cermin seperti biasa dia akan mengkritik di mana-mana bahagian tubuh jika dilihat tidak menarik," kata Halperin kepada Star Magazine.
Halperin juga berkata yang Gaga turut mengambil dadah seperti heroin, kokain dan ekstasi sejak zaman remaja lagi.
"Dia seolah-olah tidak asli dan sudah berubah dengan personaliti Lady Gaga. Gadis bernama Stef yang dieknali oleh teman-teman dan keluarga sudah tidak ada lagi," katanya.
Pada awal Jun tahun lalu, penyanyi berusia 25 tahun itu mengaku bahawa dia hampir ke arah positif daripada dadah tetapi tidak mengalami penyakit Lupus seperti yang digembar-gemburkan. - mStarOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan