slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 16 Februari 2011

Bunkface Wakili Malaysia Ke Pesta Muzik Pop-Asia Di Hong Kong


Kumpulan Bunkface yang dianggotai (dari kiri) Sam, Youk dan Paan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengesahkan kumpulan Bunkface akan mewakili negara ke Pesta Muzik Pop-Asia Hong Kong (HKAMF) yang bakal berlangsung pada 23 Mac depan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.
Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim berkata, persatuan itu sentiasa mencari idea dan peluang baru bagi meluaskan muzik Malaysia ke pasaran serantau.
"Muzik bersifat universal dan pesta berprestij seperti HKAMF akan membuka peluang kepada Bunkface untuk dikenali di Jepun, Korea, China, Singapura, Taiwan dan Hong Kong,” katanya.
Tambah Norman, kemunculan pelbagai muka baru di persada muzik hari ini adalah detik yang cukup membanggakan untuk perkembangan muzik Malaysia.
"Bunkface merupakan pendatang baru yang muda dan kreatif serta mendapat pelbagai pengiktirafan. Mereka pernah dicalonkan sebanyak 12 anugerah dan memenangi sembilan anugerah dalam pelbagai pertandingan sejak menceburi bidang nyanyian pada 2005," katanya.
Tahun 2010 sahaja menyaksikan Bunkface memenangi lima anugerah termasuk Anugerah Kembara 2010 dan Lagu Rock Terbaik (lagu Situasi) di Anugerah Industri Muzik 2010, Artis Duo/Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan Anugerah Rockstar dan Video Muzik Terbaik (lagu Prom Queen) di Anugerah Shout! 2010.
Mereka juga adalah finalis AIM 2010 untuk kategori Artis Baru Terbaik dan Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Extravaganza.
Bunkface yang terdiri daripada tiga anak muda iaitu Shamsul Annuar (Sam) - vokalis utama dan pemain gitar, Muhammad Farouk Jaafar (Youk) - vokal kedua dan pemain bass, Ahmad Farhan Hashim (Paan) - gitar utama dan penyanyi latar, menerima pengesahan rasmi penyertaan itu pada 31 Disember lalu.
Persembahan mereka juga bakal diiringi pemuzik iringan Ezanear Baba Ahmad (Ejam) - dram dan Mohd Faiz Hazizi Arlis - keyboard.
Sam yang dihubungi melahirkan rasa penghargaan dan rendah hati di atas peluang untuk mewakili negara ke pesta muzik tersebut.
"Kami (Bunkface) akan lakukan sebaik mungkin untuk membuatkan para peminat dan Malaysia berbangga," katanya.
"Kami sangat teruja untuk menyertai acara ini dan berharap ia akan membuka laluan untuk kami menembusi pasaran muzik Asia," kata Youk.
"Kami ingin membawa muzik Malaysia ke rantau Asia dan seterusnya ke pentas dunia!" kata Paan kegembiraan.
Norman yang melahirkan sokongan sepenuhnya terhadap penyertaan Bunkface berkata, pihaknya yakin Bunkface akan menjadi duta muzik Malaysia yang baik menerusi muzik yang versatil dan kebolehan mereka untuk menyanyi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga