slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 28 Februari 2011

Birmingham peroleh kejuaraan Piala Liga


LONDON, 28 Feb. - Birmingham City memenangi Piala Liga buat kali kedua selepas menewaskan Arsenal 2-1 pada saingan akhir di Stadium Wembley, awal pagi tadi.


Kali terakhir Birmingham memperoleh kejuaraan Piala Liga ialah pada tahun 1963.


Jaringan lewat daripada pemain gantian Obafemi Martins pada minit ke-89 memberikan kemenangan mutlak buat Birmingham.


Sebelum itu penyerang Arsenal, Robin van Persie berjaya untuk menyamakan keputusan 1-1 pada minit ke-39 selepas Nikola Zigic memperoleh jaringan awal buat Birmingham pada minit ke-28. -AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga