slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 21 Februari 2011

Boling: Siti Safiyah tambah keceriaan skuad negara


SUBANG JAYA 21 Feb. - Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman menambah pingat emas kedua negara menerusi acara perseorangan wanita Kejohanan Tenpin Boling Komanwel kelima di Megalanes Sunway Pyramid yang baru tamat sebentar tadi.

Ia hadir selepas pingat emas disumbangkan Zulmazran Zulkifli dalam acara perseorangan lelaki pada sebelah tengah hari tadi.

Siti Safiyah mencatat jumlah jatuhan pin keseluruhan 1,280 untuk mengatasi pesaing dari Singapura, Shayna Ng dengan kelebihan 52 pin.

Malaysia juga mendapat pingat gangsa menerusi Zandra Aziela Ibrahim Hakimi yang mencatat jatuhan pin 1,224, dipisahkan hanya empat pin dengan Shayna di kedudukan pingat perak. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga