slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 2 Februari 2011

Royston Sta Maria Masih Bujang, Muncul Konsert Francissca Peter


Francissca Peter
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal tahun 80-an, Royston Sta Maria (Roy), 60, masih aktif dalam bidang seni suara dan muzik walaupun setelah berhijrah dan menetap di Perth, Australia sejak tahun 1988.
Kini, setelah 23 tahun, dia kembali untuk menghiburkan peminat seni tempatan padaKonsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini.
Pasangan duet kepada penyanyi tersohor Francissca Peter (Fran) menerusi lagu Siapa Dia Sebelum Daku, Bersama Pertemuan Ini dan Tak Kenal Maka Tak Cinta ini akan menyampaikan lagu tersebut buat pertama kalinya di Istana Budaya.
“Ini merupakan persembahan pertama saya secara besar-besaran dengan Francissca selepas 28 tahun. Sebelum itu, saya pernah berduet dengan Fran tetapi hanya sebuah lagu iaitu Tak Kenal Maka Tak Cinta pada majlis Anugerah Bintang Popular kira-kira enam tahun lalu di Genting Highlands.
“Kali ini, saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan untuk berduet kembali dengan Fran. Saya juga rasa berdebar kerana telah lama tidak menyanyi di Malaysia dan bersama-sama Fran.
“Saya berharap dapat mengingati lirik dan sihat semasa konsert tersebut agar dapat menghiburkan peminat seperti dulu. Saya akan bermain piano sambil menyanyi dengan Fran,” katanya ketika sidang media di Istana Budaya, di sini, Selasa.
Sebelum ini, lelaki berketurunan Portugis ini pernah muncul menerusi dua album bersama Fran berjudul Siapa Dia Sebelum Daku (1982) dan Bersama Pertemuan Ini(1983).
Jika berpeluang, penyanyi yang turut popular menerusi lagu Akukah Yang Terlewat ini tidak menolak jika ditawarkan merakamkan album duet dengan Fran buat kali ketiga.
“Saya memang mengimpikan untuk menyanyi dengan Fran. Dalam banyak-banyak penyanyi wanita, saya sangat mengagumi suara Fran kerana suaranya semakin bagus dan matang sekarang.
“Saya berharap mendapat tawaran untuk merakam album dengan Fran sekali lagi. Saya menganggapnya seperti seorang adik. Walaupun kami menyanyi sambil berpegangan tangan dan menyanyikan lagu-lagu cinta, tetapi suasana romantis itu hanya dalam lagu,” ujarnya yang mempunyai kumpulan muzik di Australia yang dinamakan “Eurasia”.
Band tersebut ditubuhkan sejak lima tahun lalu dan turut dianggotai oleh dua orang pemuzik iaitu Pauline Cherman dan Clayton.
Menyelak tentang kisah cintanya, Roy yang pemalu dan kelakar itu akui masih solo dan belum berkahwin sehingga sekarang.
Selain Roy, Fran juga akan berduet dengan Imran Ajmain termasuk menerusi lagu Kehebatan Cinta yang sebelum ini dinyanyikan bersama Jamal Abdillah.
Penonton boleh mendapatkan tiket konsert berharga RM99, RM149, RM189, RM239 dan RM299 menerusi talian 03-4147 8600 atau layari www.ticket2u.biz atau www.francisscapeter-concert.com. - mStarOnline

1 ulasan:

Iklan Mangga