slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 28 Februari 2011

West Ham kejutkan Liverpool


LONDON: West Ham bangkit dari tempat tercorot Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Liverpool 3-1 di Upton Park, malam tadi.

Scott Parker memecah kebuntuan pada minit ke-22 dengan tujahan sejauh 20 ela ke gawang ketika pemain tengah England itu melakukan aksi satu-dua dengan Thomas Hitzlsperger sebelum berjaya merembat melepasi Pepe Reina.

Mereka kemudiannya menggandakan jaringan dengan Demba Ba menanduk tepat gol ke gawang lawan pada akhir separuh masa pertama hasil hantaran Gary O-Neill untuk gol ketiganya sejak menyertai West Ham, Januari lalu.

Liverpool hampir merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kelima liga, Chelsea dengan tiga mata dan mula menunjukkan kebangkitan pada separuh masa kedua apabila jaringan Glen Johnson pada minit ke-84 memberikan harapan buat pasukan itu.

Bagaimanapun Carlton Cole memastikan kemenangan pada minit terakhir buat Hammers yang masih di zon penyingkiran tetapi berkongsi mata dengan pasukan di tangga ke-17 liga, Wolverhampton Wanderers. Kemenangan itu membolehkan West Ham mengumpul 28 mata, mengatasi Wigan Athletic dan West Bromwich Albion, melengkapkan minggu cemerlang selepas mereka membelasah Burnley 5-1, Isnin lalu untuk mara ke suku akhir Piala FA.

Ini adalah kekalahan pertama Liverpool dalam lapan perlawanan liga, selepas seri 1-1 di tempat sendiri kepada Wigan dengan lima kemenangan berturut-turut sebelum ini, sekali gus menjejaskan peluang mereka memburu tempat ke Liga Juara-Juara. Manchester United, yang menewaskan Wigan Athletic 4-0 kelmarin, mendahului liga dengan 60 mata. -Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga