slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 4 Februari 2011

Nicol buka tirai dengan kekalahan


PEMAIN skuasy wanita No. 1 dunia, Datuk Nicol David gagal dalam percubaannya untuk meraih gelaran juara pertama pada kejohanan anjuran Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa) bagi musim 2011.
Nicol (gambar) kalah kepada pemain England, Laura Massaro 9-11, 7-11, 11-9, 8-11 pada perlawa- nan akhir Kejohanan Cleveland Racquet Classic 2011 yang berlangsung di Cleveland Racquet Club, Ohio, Amerika Syarikat kelmarin.
"Inilah permainan terbaik saya," kata Massaro ketika mengulas kemenangannya seperti yang tersiar dalam laman web skuasy www.squashsite.co.uk.
Nicol yang menjadi pemain profesional pada 2000, belum pernah kalah kepada Massaro dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.
Pada peringkat separuh akhir kejohanan itu, Nicol, yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Wispa buat kali kelima berturut- turut dua minggu lepas, mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-5, 11-6, 11-7.
Sebelum berjumpa Nicol pada perlawanan akhir, Massaro selaku pemain no. 9 dunia, menga- lahkan Madeline Perry dari Ireland 11-8, 11-9, 9-11, 11-5. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga