slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 14 Februari 2011

Musim Artis Diragut, Rugi Ribuan Ringgit


Norlia Ghani rugi RM8,000, Nasha Aziz dirompak RM40,000
MINGGU lalu, insiden artis dirompak dan diragut menjadi perhatian apabila beberapa artis telah menjadi mangsa penjenayah.
Pada Jumaat lalu, pelakon veteran Norlia Ghani,63, kerugian RM8,000 apabila wang pendahuluan penggambaran sebuah drama bersiri yang diterimanya dilarikan dua lelaki di pusat beli-belah Ampang Park, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Norlia diragut ketika sedang menunggu teksi untuk pulang ke rumah selepas selesai mengeluarkan wang di kaunter sebuah bank pusat beli-belah berkenaan.
Sebelum itu, pada Rabu lalu, pelakon Nasha Aziz kerugian kira-kira RM40,000 apabila wang tunai dan barang berharga miliknya dirompak dalam kejadian di persiaran Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
Peristiwa itu berlaku ketika Nasha dikatakan baru mengeluarkan sejumlah wang dari sebuah bank tidak jauh dari kawasan dia disamun.
Sementara itu, pelakon drama Ponti Anak Remaja, Azlee Khairi, 22, kerugian lebih RM1,000 selepas keretanya jenis Proton Iswara dikopak dan kehilangan beg duit dan beg silang dalam kejadian di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.
Peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132). - mStarOnline

1 ulasan:

Iklan Mangga