slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 28 Februari 2011

Nicol ketuai cabaran di Chennai


RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Piala Dunia Berpasukan Campuran di Chennai, India dari 8 hingga 12 Mac ini.


Jurulatih Perunding bagi Persekutuan Skuasy India (SRFI), Mejar (B) S Maniam berkata, selain Nicol, 10 pemain utama dunia akan turut menyertai kejohanan itu yang kali terakhir dianjur Malaysia pada 1996.

“Setakat ini, sembilan negara mengesahkan penyertaan,” katanya.


Negara mengambil bahagian ialah Australia, Mesir, England, Perancis, India, Malaysia, Mexico, Afrika Selatan dan Sri Lanka.

Maniam, bekas jurulatih Malaysia berkata, pusingan awal diadakan di Akademi Skuasy India manakala final dalam gelanggang kaca di sebuah pusat beli-belah.


Kejohanan dwi tahunan itu menawarkan AS50,000 (RM152,675). - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga