slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 31 Oktober 2011

Chong Wei bangkit di Paris


Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

JAGUH negara, Lee Chong Wei bangkit daripada kekecewaan di Denmark apabila muncul juara Siri Super Terbuka Perancis selepas menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-16, 21-11 di Stadium Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi.


Selepas tunduk dua kali berturut-turut kepada bintang muda China, Chen Long, Chong Wei menebusnya pada saingan separuh akhir kelmarin dan tampil bersemangat di final untuk membenam Tago dalam tempoh hanya 39 minit.


Ia adalah kejuaraan ketujuh Chong Wei dalam 10 aksi final tahun ini dan kemenangan kali kelapan ke atas buat pemain ranking ke-19 Jepun yang ditewaskan kali terakhir di suku akhir Terbuka Jepun, September lalu.


Dalam laluan ke final, pemain nombor satu dunia berusia 29 tahun itu menewaskan Wan Ho Shon dari Korea Selatan 21-11, 21-11 di suku akhir sebelum melepasi badi ngerinya, Chen Long 23-21, 17-21 dan 21-15 di separuh akhir.  - BHarian

Sharbinee akui lakukan kesilapan

SHARBINEE (kiri) cuba menghalang rembatan Hairuddin Omar pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin. Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.


SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.
Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.
Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.
Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.
“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, sukar untuk saya katakan apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan hari saya.
“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini.
“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu semalam.
Mengulas lanjut mengenai kesilapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara selepas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.
Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.
“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.
“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pada perlawanan akan datang.
“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.
Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.
Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super. - KOSMO

Trofi Piala Malaysia diarak

MOHAMAD (tengah) memegang trofi Piala Malaysia bersama pemain dan penyokong setia Negeri Sembilan di Seremban semalam.


SELEPAS berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merancang satu sambutan besar-besaran bagi meraikan kepulangan piala berprestij itu di bumi Adat Perpatih.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan beliau mahu seluruh rakyat negeri itu tidak ketinggalan menyaksikan piala tersebut secara lebih dekat.
Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu bahawa pihak PBNS merancang untuk mengarak piala paling berprestij di Malaysia itu di setiap daerah di negeri ini.
"Kejayaan ini merupakan suatu kebanggaan untuk Negeri Sembilan dan saya mahu seluruh rakyat berpeluang menyaksikan piala tersebut dari dekat dan seterusnya beramah mesra dengan para pemain yang berjuang berhabis-habisan di tengah padang.
"Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita sedang merancang kaedah serta sambutan yang bakal dilakukan nanti," katanya di Seremban semalam.
Mohamad berkata demikian dalam satu majlis meraikan kepulangan para pemain dan pegawai skuad Hoben Jang Hoben di Wisma PBNS.
Katanya, pihak PBNS akan berbincang berhubung bentuk habuan atau ganjaran yang akan diberikan kepada skuad negeri itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
"Kita akan membuat perbincangan terlebih dahulu dan buat masa ini kita belum putuskan bentuk ganjaran yang akan diberikan," jelasnya.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepada beliau.
"Tanpa sokongan dan kepercayaan yang diletakkan oleh beliau (Mohamad), sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malaysia.
"Pujian juga harus diberikan kepada pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dalam perlawanan akhir itu kita ketinggalan 1-0," jelasnya.
Mohd. Azraai juga memuji kesetiaan para peminat yang tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi walaupun pada awal musim pasukan itu kelihatan seperti hilang sengat. - KOSMO

Sabtu, 29 Oktober 2011

Milik siapakah Piala Malaysia tahun ini?

AGAK-AGAK KEMANA DIA NAK BALIK
TAHUN INI........
TRENGGANU kah atau
NEGERI SEMBILAN?

SELAMAT BERJUANG WAHAI PEMAIN-PEMAIN UNTUK MALAM INI
DEMI PEMINAT ANDA.....
GOOD LUCK!!!!!




Jumaat, 28 Oktober 2011

Protes harga tiket mahal: Laman web FAM digodam


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.

Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.

Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.

Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.

Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini. – Utusan

Terengganu sudah sedia gempur N. Sembilan

IRFAN (kanan) menyampaikan sesuatu kepada para pemain Terengganu ketika sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam.


TEMBOK Kota Bharu telah diruntuhkan, benteng Shah Alam sudah dipecahkan.
Kini '11 tentera putih' kendalian Irfan Bakti sedia merobohkan kubu Seremban dalam misi membawa pulang Piala Malaysia ke bumi Kuala Terengganu.
Atas kertas, segala kelebihan memihak kepada anak-anak buah Irfan dengan hampir 90 peratus meramalkan trofi paling berprestij itu akan terus kekal di Pantai Timur selepas kejayaan Kelantan musim lalu.
Persoalan kini, mampukah Terengganu merealisasikan ramalan itu dengan corak permainan penuh taktikal, ataupun Negeri Sembilan lebih berhak mendakap Piala Malaysia buat kali ketiga selepas edisi 1948 dan 2009.
Apa yang pasti, Stadium Shah Alam malam esok bakal menjadi saksi kepada kejaguhan sebenar dua pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan bertemu buat julung kali di pentas final Piala Malaysia sejak 1921.
Bagi Irfan sendiri, beliau tidak memandang status pilihan yang diberikan kepada skuad kendaliannya sebagai satu tekanan, malah ia dianggap suatu penghormatan buat semua pemainnya yang telah bekerja keras sepanjang musim ini.
Jelasnya, para pemainnya juga kini memiliki motivasi tinggi untuk mengharungi 90 minit permainan di Shah Alam selepas kejayaan menyingkir dua bekas juara, Kelantan dan Selangor di peringkat suku akhir dan separuh akhir.
"Kami telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Para pemain juga telah berikrar untuk berjuang habis-habisan tanpa mempedulikan apa juga situasi yang berlaku.
"Kami telah pergi sejauh ini dan kami tidak sesekali memandang ke belakang. Perjuangan kami tetap satu iaitu menjulang trofi Piala Malaysia dan para pemain saya bertekad untuk melakukannya dalam tempoh 90 minit," katanya.
Di sebalik keyakinan itu, Irfan bagaimanapun menjelaskan bahawa para pemainnya sebenarnya cukup bersedia untuk melalui perlawanan akhir itu andai ia terpaksa ditentukan sehingga ke masa tambahan.
Malah katanya, beraksi pada masa tambahan bukanlah asing bagi Terengganu kerana Stadium Bukit Jalil telah menjadi saksi betapa skuad Penyu itu mampu bangkit untuk menumbangkan Kelantan seperti mana yang dilakukan pada final Piala FA, Jun lalu.
"Kalau perlawanan ditentukan sehingga masa tambahan, ia tidak menjadi masalah buat saya.
"Kami telah melakukan persiapan yang cukup rapi dan saya boleh katakan, semua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan sedia untuk diturunkan," ujarnya.
Ditanya adakah beliau bersedia dengan kemungkinan perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti, Irfan secara sinis berkata, ia juga bukan memberi masalah kepada pasukannya.
"Sejak dari awal lagi saya telah katakan yang kami cukup bersedia untuk menghadapi perlawanan akhir ini.
"Tidak kira bagaimana sekalipun perlawanan ini ditentukan, kami tidak akan gentar. Para pemain memikul amanah besar kerana saya tahu seluruh rakyat Terengganu mengharapkan agar kami membawa pulang piala ini," tegasnya.
Mengulas mengenai barisan kemungkinan, Irfan masih bertegas untuk tidak mendedahkannya sekalipun gambaran awal mengenai kesebelasan pemain yang bakal diturunkan telah ada. - KOSMO

Khamis, 27 Oktober 2011

15 tonggak utama Kelantan kekal



SPEKULASI penghijrahan beberapa tonggak utama Kelantan - Khairul Fahmi Che Mat, S. Chanturu, Mohd. Rizal Fahmi Rosid serta kapten, Mohd. Badri Radzhi akhirnya reda.
Semalam, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan keempat-empat pemain terbabit akan terus menyarung jersi Kelantan musim depan.
KAFA turut mengesahkan beberapa lagi pemain - Mohd. Shahrizan Ismail, S. Subramaniam, Mohd. Farisham Ismail, Mohd. Nizab Ayub, Mohd. Shakir Shaari, Mohamad Ab. Aziz Ismail, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Muhammad Ramzul Zahini Adenan, Zairul Fitree Ishak, Nurul Azuan Roya serta peledak berbisa, Norshahrul Idlan Talaha akan kekal bersama juara Liga Super itu.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengumuman tersebut terpaksa dibuat lebih awal untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan persiapan pasukan untuk menghadapi cabaran yang lebih besar musim hadapan.
Menurutnya, keputusan untuk mengekalkan 15 pemain tersebut dibuat berdasarkan aksi dan persembahan yang dipamerkan mereka sepanjang beraksi dengan Kelantan musim ini.
"Keputusan ini diambil untuk mengelakkan pasukan yang ingin memancing pemain Kelantan mengetahui mereka masih mempunyai baki kontrak bersama The Red Warriors. Untuk makluman kesemua pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama The Red Warriors.
"Baki sepuluh pemain lagi diisi oleh lima pemain tempatan (dari luar Kelantan) serta tiga tenaga import dan dua pemain skuad Piala Presiden Kelantan yang didaftarkan untuk beraksi bersama pasukan Liga Super iaitu Zamri Ramli dan Nik Mohd. Shahrul Azim Nik Ab. Halim," jelas Annuar.
Annuar berkata, pihaknya juga masih mengadakan rundingan dengan lima pemain tempatan dari luar Kelantan sedang berjalan dan empat daripadanya sudah bersetuju untuk bersama The Red Warriors.
"Buat masa ini, KAFA belum berhasrat untuk mengumumkan siapakah pemain tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Annuar memberitahu, KAFA telah bersetuju untuk melepaskan sepuluh pemainnya untuk beraksi bersama pasukan baharu bagi saingan musim hadapan.
Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.
"Keputusan untuk melepaskan pemain itu dibuat lebih awal bagi membolehkan mereka mencari pasukan baharu untuk beraksi musim hadapan dan untuk itu, KAFA bersedia membantu pemain terbabit," ujarnya.
Mengulas mengenai pemain import, Annuar berkata, beliau memberikan tempoh sehingga akhir bulan ini buat ketua jurulatih, Peter James Butler untuk memilih pemain.
"Saya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada beliau (Butler) untuk membuat pemilihan dan kita berharap senarai pemain import dan keseluruhan pasukan dapat dilengkapkan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha.
"Sebaik sahaja kesemuanya selesai, kita akan memulakan sesi latihan sebagai persediaan awal sebelum bermulanya saingan liga musim hadapan," katanya. - KOSMO

Selasa, 25 Oktober 2011

MU goalie caught shoplifting doughnut



Super-rich Manchester United goalkeeper David de Gea was given a yellow card by Tesco for pinching a £1.19 DOUGHNUT.
The Spaniard, 20, was quizzed by security staff after he scoffed an Original Glazed ring treat from a Krispy Kreme cabinet at a store in Altrincham, Greater Manchester.
De Gea was hauled up after being captured on CCTV helping himself to the treat but escaped a penalty.
The sticky-fingered stopper thought to be on £70,000 a week, wolfed down the doughnut in the magazine aisle.
But as he headed for the exit without paying, he was tackled by security staff, one of whom spoke fluent Spanish.
They took the keeper, signed from Atletico Madrid in the summer in an £18.3million deal, to the store's "stop and search" room.
And they made it clear he had made a right howler by giving him a hairdryer treatment that would have made Man U boss Sir Alex Ferguson proud.
De Gea strode into the Tesco Extra with two Spanish pals.
A source said: "They weren't very subtle. They swaggered in chatting loudly in Spanish.
"The security guards who monitor the CCTV watched two of them take a doughnut each out of the Krispy Kreme cabinet.
"Incredibly, they then appeared to try to leave without paying — or buying anything else for that matter."
The source said that when challenged and ushered into the search room, de Gea did not seem to know what was going on and "looked pretty embarrassed".
Last night a Tesco spokesman said: "A customer was spoken to by our security team and the issue was resolved."
Police were not called and no further action was taken.
Tesco has a strict policy of a three-month store ban for alleged shoplifters.
De Gea is regarded as the best young goalkeeper in Europe and was part of the Spain Under-21 team that won this year's European Championship.
His United career got off to a shaky start but he has recently begun to impress with some fine saves.
Sir Alex is fully behind his star signing. He said of de Gea earlier this month: "He's 20 years of age and doesn't know the culture of the country.
"That's a lot to deal with but he has shown great composure about the whole thing.
"He's not got himself flapping about the goalmouth. I think he's absolutely outstanding. The boy is tremendous." - www.thesun.co.uk

Mancini sanjung tinggi kelibat 'budak nakal' City

BALOTELLI diraikan rakan-rakan sepasukannya di Old Trafford kelmarin.


LONDON Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melabel bintang muda Itali, Mario Balotelli sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.
Malah, Mancini turut menganggap Balotelli kini berada dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia di belakang penyerang Argentina, Lionel Messi dan pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo.
Kenyataan Mancini itu hadir selepas Balotelli meledak dua gol bagi membantu City melakar kemenangan 6-1 ke atas Manchester United dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin.
Mancini percaya, Balotelli memiliki kualiti untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia sekiranya pemain itu boleh mengubah sikap negatifnya di luar padang.
"Apa yang penting ketika ini adalah Balotelli mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sepasukannya.
"Untuk perlawanan hari ini (kelmarin), Balotelli beraksi dengan baik. Jika kita hendak bercakap mengenai kedudukan Balotelli dalam senarai pemain terbaik dunia, saya meletakkan dia dalam kelompok lima terbaik.
"Saya sangat berharap kepada Balotelli dan secara amnya dalam arena sukan bola sepak.
"Jika dia boleh mengubah sikap negatifnya selepas ini, saya percaya dia mampu menjadi pemain yang berada dalam kelompok tiga terbaik dunia," kata Mancini.
Sebelum ini, Balotelli, 21, sering kali dilabel 'budak jahat' ekoran sikapnya yang panas baran dan gemar mencetuskan kontroversi baik di dalam mahupun di luar padang.
Namun, dia kini dilihat semakin matang selepas mempamerkan prestasi konsisten dalam setiap perlawanan. -AFP

Pafa tunggu persetujuan Safiq

SAFIQ belum memberi sebarang jawapan terhadap tawaran daripada Perak.


PENYERANG sensasi Selangor, Mohd. Safiq Rahim masih membisu mengenai tawaran untuk menyarung jersi Perak dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.
Pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun berkata, Perak masih menunggu jawapan daripada Safiq setelah surat tawaran diserahkan kepadanya dua minggu lalu.
"Surat tawaran tersebut diserahkan kepada Safiq setelah mendapat 'lampu hijau' daripada Persatuan Bola Sepak Selangor," jelas Khairul Azwan.
Khairul Azwan yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, pihaknya juga bersedia berbincang dengan Safiq jika tawaran yang lalu kurang menarik.
"Kami sedia memberi tawaran yang lebih menarik," tambahnya tanpa mendedahkan tawaran yang dikemukakan itu.
Selain Safiq, Pafa juga dilaporkan sedang memancing nama-nama besar daripada beberapa buah negeri untuk memperkukuhkan pasukan berkenaan bagi mengharungi musim akan datang. - KOSMO

Rossi retirement denied after Simoncelli death


Valentino Rossi

MOTOGP great Valentino Rossi will not be retiring from the sport in the wake of friend Marco Simoncelli dying after a crash with his fellow Italian, Rossi's mentor said on Monday.
Honda's Simoncelli, 24, died after a horror collision early on in Sunday's Malaysian Grand Prix when he was struck by the bikes of Rossi and Colin Edwards and had his helmet knocked off.
Rossi, a winner of nine world titles across the classes, was so distraught by the accident that the only public words the Ducati rider has uttered since have been on Twitter.
"Sic (Simoncelli) for me was like a youngest brother. So strong on the track and so sweet in normal life. I will miss him a lot," Rossi wrote.
Davide Brivio, his manager at former team Yamaha, denied widespread internet and media rumours that the 32-year-old was too upset to carry on racing.
"Many are asking about Vale stopping races. This is absolutely not true and I'm sorry even that I have to explain it," Brivio wrote on Twitter.
Tributes have continued to pour in for Simoncelli from the motorsport community with his death coming only a week after British IndyCar driver Dan Wheldon lost his life in a 15-car crash in Las Vegas.
MotoGP bosses have started an investigation into Simoncelli's accident but have said it is too soon to comment on the fact his helmet came off. - theStarOnline

Piala Malaysia: Tiket final RM50


BAYAR harga tiket RM50 seorang. Mungkin ada yang merasakan ia agak mahal tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh peminat fanatik Terengganu dan Negeri Sembilan tidak kira tempat duduk biasa ataupun grandstand (tempat duduk utama) ketika aksi final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Harga tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang bagi ke- semua tempat duduk.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua-dua pasukan semalam.
Menurut beliau, selain membanteras kegiatan 'ulat' tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.
"Saya akui harga tiket agak mahal berbanding final sebelum ini, iaitu lazimnya berharga RM30 bagi tempat duduk biasa dan RM50 untuk grandstand (tempat duduk utama).
"Namun, saya yakin ia tidak akan menjejaskan jumlah penonton kerana hasil penjualan tiket akan dibahagikan sama rata kepada kedua- dua pasukan, oleh itu penonton harus faham jika mereka sayangkan pasukan masing-masing," katanya kepada pemberita semalam.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S. Sivasundram; Timbalan Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud; jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan penolong pengurus Terengganu, Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.
Hamidin berkata, hanya 65,000 keping tiket sahaja yang dicetak untuk final kali ini, yang mana sebanyak 30,000 tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan untuk dijual di lokasi masing-masing bermula hari ini.
Jika habis dijual katanya, sebanyak 30,000 lagi keping tiket akan diagihkan sama rata kepada kedua-dua pasukan, manakala baki 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.
Menurutnya, tiket juga dijual secara online menerusi www.tickethotline.com, manakala seramai 2,000 anggota keselamatan juga akan bertugas di stadium ketika final nanti.
"Selain itu, pasukan Terengganu juga akan turun selaku tuan rumah pada perlawanan itu, dan penyokong pasukan tersebut dinasihatkan meletak kereta di kawasan letak kereta N (berhampiran Giant dan Tesco), manakala penyokong pasukan Negeri Sembilan boleh meletak kenderaan mereka di kawasan W (berhampiran tapak go-kart).
"Penyokong Terengganu juga dinasihatkan masuk ke stadium menerusi pintu masuk C, manakala penyokong Negeri Sembilan masuk melalui pintu masuk A, yang mana kita akan memperketatkan kawalan pintu masuk dengan mengadakan pemeriksaan menyeluruh," katanya. - KOSMO

Hernandez completes new five-year contract with United

image
A fan has her photo taken before the poster of Manchester United's Wayne Rooney and Javier Hernandez in Manchester, northern England.


MANCHESTER (England): Mexico striker Javier Hernandez has completed the formalities of a new contract with Manchester United and pledged his future to the club for the next five years, the English champions said in a statement on Monday.
The 23-year-old, nicknamed “Chicharito”, made a big impact with United in his first season, scoring 20 goals from 45 appearances in all competitions after arriving in July 2010 from his hometown club Chivas de Guadalajara. He has now scored 23 in 55 appearances and signed until the end of the 2015-16 season.
United manager Alex Ferguson said: “The last player I remember making an impact as big and as quickly as Javier is Ole Gunnar Solskjaer and he reminds me of Ole a lot.
“His talent for creating space in the box and his finishing ability mark him out as a natural goalscorer. Off the pitch, he is a pleasure to manage. He works very hard and is a popular member of the squad.”
Hernandez added: “Playing for Manchester United has been a dream come true for me. I never expected my first year to go so well and I’m delighted to commit my future to United.”
His agent Eduardo Hernandez said the contract had been renegotiated two weeks ago, explaining: “Javier was not badly paid with his initial contract, but it was his first contract and, with respect, not comparable with the likes of Wayne Rooney and Nani.”
His excellent form pushed Dimitar Berbatov out of a regular starting place and the Bulgarian striker’s future at Old Trafford is still to be decided. - theStarOnline

Isnin, 24 Oktober 2011

New Zealand lift World Cup with 8-7 win over France

AUCKLAND, NEW ZEALAND - OCTOBER 23:  Captain Richie McCaw of the All Blacks lifts the Webb Ellis Cup after an 8-7 victory in during the 2011 IRB Rugby World Cup Final match between France and New Zealand at Eden Park on October 23, 2011 in Auckland, New Zealand.  (Photo by David Rogers/Getty Images)
All Blacks with winning trophy.....photo: David Rogers/Getty Images


AUCKLAND (Reuters): New Zealand ended a 24-year wait for the Rugby World Cup when they battled to a tense 8-7 victory over France in the final at Eden Park on Sunday.
The All Blacks had not won the Webb Ellis trophy since they beat France in the inaugural tournament at the same venue in 1987.
The first half scoring was restricted to a try from All Blacks' prop Tony Woodcock after a well-worked move from an attacking lineout.
Replacement flyhalf Stephen Donald kicked an early second half penalty to give the All Blacks an 8-0 lead before France stormed back when captain Thierry Dusautoir crashed over for a try, which was converted by Francois Trinh-Duc.
The French pressed to the very end, but New Zealand held on for a memorable victory. - theStarOnline

Chen Long beats Chong Wei again


Chen Long celebrates his win

ODENSE: World No 1 Lee Chong Wei suffered a second consecutive defeat at the hands Chen Long, when he went down 15-21, 18-21 to the Chinese ace in the Denmark Open badminton championships on Sunday.
Chong Wei also lost to Chen Long in the Japan Open final last month. - BadmintonDenmark

MU kena buli

MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.
MANTAP...Dzeko (kiri) meraikan gol pertamanya.


MANCHESTER: Manchester United dimalukan musuh setempat, Manchester City apabila dibelasah 6-1 di laman sendiri sekali gus memberikan pengiktirafan kepada skuad kendalian Roberto Mancini itu sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Juara bertahan United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Jonathan Evans dibuang padang menyaksikan gawang mereka dibolosi lima kali pada babak kedua dengan Mario Balotteli dan Edin Dzeko masing-masing menyumbat dua gol.

Kemenangan besar itu membolehkan City yang digelar ‘jiran kecoh’ oleh penyokong United terus menerajui liga dengan mengumpul 25 mata selepas sembilan perlawanan.

Pengurus City, Mancini membuat kejutan dalam senarai kesebelasan utamanya apabila menyenaraikan Balotteli yang mencuri tumpuan berikutan insiden kebakaran bilik airnya akibat bunga api kira-kira 24 jam sebelum perlawanan bermula untuk bergandingan dengan bintang Argentina, Sergio Aguero di bahagian serangan.

Namun pertaruhan itu tampak berhasil apabila, penyerang Itali itu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-22 selepas rembatan leretnya dalam kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol, David De Gea.

Ketinggalan 1-0, United yang buntu untuk mengancam kubu musuh ketatnya cuba mengatur serangan lebih kemas namun beberapa percubaan mereka mudah dipatahkan.

Wayne Rooney mempunyai peluang terbaik pada minit ke-36 bagaimanapun rembatannya tepat ke arah dakapan penjaga gol City, Joe Hart.

Bersambung babak kedua, malang terus menimpa anak buah Alex Ferguson apabila kehilangan pemain pertahanan, Evans yang dilayangkan kad merah kerana menarik Balotelli yang sedang mara ke dalam kotak penalti.

Kesempatan itu digunakan sebaik-baiknya City untuk memulakan kenduri gol di Old Trafford menerusi gol kedua Balotteli pada minit ke-60 dan Aguero sembilan minit kemudian.

Skuad Red Devils cuba bangkit menerusi gol Darren Fletcher pada minit ke-81 namun penyerang gantian Dzeko kembali melebarkan jurang dengan menyumbat gol keempat City pada minit ke-89.

City terus berpesta apabila Silva yang melakukan serangan pantas berjaya merembat masuk gol kelima pada minit ke-91 sebelum Dzeko melengkapkan malam gemilang anak buah Mancini dengan menghasilkan gol keenam sementara United meratapi kekalahan pertama musim ini. - myMetro

Malaysian MotoGP: Italian rider Simoncelli dies after horrific crash


image
Horrific crash.....

SEPANG: Italian MotoGP rider Marco Simoncelli died after a horrific crash at the Malaysian Grand Prix in Sepang Sunday, completing a harrowing week for motorsport after British IndyCar driver Dan Wheldon lost his life last weekend.
Simoncelli, 24, crashed on the second lap and was hit by the bikes of Colin Edwards and Valentino Rossi as he slid across the track on his Honda.
His helmet was knocked off in the incident and the season's penultimate race was stopped immediately with a red flag and then cancelled.
Yamaha's Edwards also came off his bike but escaped serious injury, while Rossi was able to get his Ducati back to the pits.
Simoncelli lay stricken on the track before being taken to the circuit's medical centre where he was pronounced dead.
"Everybody involved in MotoGP extends its deepest condolences to Marco's family, friends and team at this tragic loss," MotoGP said in a statement.
Simoncelli's death is the first in the premier class since another Honda rider, Daijiro Kato, was killed at the 2003 Japanese Grand Prix.
Shoya Tomizawa also died in a similar crash to Simoncelli in Moto2, the class below MotoGP, last year.
Simoncelli, known for his shaggy afro haircut and fun-loving personality, began in the 125cc class in 2002 before moving up to the 250cc class in 2006.
He won the 250cc world title in 2008. - theStarOnline

Iklan Mangga