slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 7 Oktober 2011

Pokku ‘ganyang’ Pit Thai

pix_gal0
Pokku
TIDAK pernah bersua dalam gelanggang sebelum ini namun bagi Pokku Kuda Merah, dia pasti kelebihan jumlah perlawanan berbanding pihak lawan bakal membantunya menumbangkan Pit Ruang dari Thailand pada perlawanan pembukaan Cabaran Muay Thai Antarabangsa Kuala Lumpur Siri Super 8 di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, malam ini.

Pokku atau nama sebenarnya Tengku Shahrizal Tengku Abd Rahman yang sebelum ini merakamkan 130 kemenangan daripada 145 perlawanan tanpa rasa gentar melaungkan amaran keras buat Pit Ruang apa lagi ‘memberi muka’ kepada pihak lawan menguasai gelanggang bagi merebut tali pinggang 67 kilogram (KG) yang dipertandingkan.

“Saya sudah bersedia dan peluang berada di gelanggang ini pasti tidak akan dilepaskan begitu saja!,” kata jejaka berusia 25 tahun itu mengenai persiapannya menghadapi Pit Ruang atau Pit Thai mewakili Eagle Muay Thai Academy yang mencatat 98 kemenangan daripada 108 perlawanan disertai sebelum ini.

“Apapun lawan jangan dipandang ringan dan lihat saja nanti pada hari perlawanan.” 

Pokku sebelum ini pernah menjuarai kelayakan pertama Conterder Asia pada tahun 2008.

Antara perlawanan dalam Siri Super 8 ialah antara Ediey Selendang Kuning (Kirsty Muay Thai Club Ampang) dengan Tanu Laos (Kelab Tomoi Langkawi Geo Park); Taufik Rantau Panjang (Kelab Tomoi Rantau Panjang) dengan Amir Naseri ( Kambiz Worrior Gym Iran) dan Tim Yong (TNT Muay Thai Club) dengan Yaya Jongjit dari Vietnam Dragon Horn Bill Muay Thai Club).

Selain perlawanan penuh debaran itu, malam ini juga bakal menyaksikan empat peninju bertarung dalam Regu Pilihan Terhebat iaitu antara Lokman Hakimi dari Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM menentang Hasrul Hisham (Hasrul Rajawali) dari Kelab Tomoi Rajawali dan pertembungan ‘luka lama’ membabitkan juara kategori 60kg, Wan Abdullah Wan Ibrahim (Lah Kirsty) dengan Amirul Ariffin (Ban Mero). 

“Dulu (Jun) saya tarik diri di saat-saat akhir sebab masalah kesihatan. Kali ini saya sudah cergas seperti biasa dan buat Ban Mero tunggu saja perlawanan esok (malam ini),” kata Lah Kirsty yang mahu mengambil semula tali pinggang kejuaraan selepas menyerahkannya kembali kepada pihak penganjur pada edisi kedua cabaran, empat bulan lalu kerana tidak dapat meneruskan perlawanan ekoran demam campak dialaminya.  - BHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga