slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 7 Oktober 2011

Polis sedia hadapi kemungkinan

PENYOKONG Terengganu dan Kelantan dinasihatkan agar menjaga tingkah laku semasa pertemuan antara kedua-dua pasukan pada suku akhir pertama Piala Malaysia, Isnin depan. - Gambar hiasan


PERTEMUAN dua seteru Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan pada suku akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasirruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin depan dijangka tegang.
Ekoran itu, pihak polis sudah bersedia untuk menempatkan anggotanya daripada pelbagai unit bagi meningkatkan kawalan keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa ketika dihubungi semalam memberitahu, antara unit yang akan bertugas pada perlawanan itu ialah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
“Ia bagi memastikan tiada kekacauan berlaku sepanjang perlawanan tersebut kerana kemungkinan berdepan dengan penyokong-penyokong yang ekstrem yang mungkin boleh menimbulkan kekecohan,” katanya.
Jelasnya, pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.
“Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan seterusnya membawa kepada pergaduhan,” katanya.
Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap penonton yang sengaja menimbulkan keka- cauan ketika perlawanan tersebut. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga