slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 7 Oktober 2011

Harimau boleh!

Foto
Safee Sali dan Norshahrul Idlan
PERTEMBUNGAN ‘klasik’ skuad Harimau Malaya dan Socceroos di Stadium Canberra, petang ini pasti dianggap umpama langit dan bumi memandangkan Malaysia kini hanya menghuni ranking ke-147 dunia berbanding Australia, nombor 19.

Namun, Zainal Abidin Hassan minta pemain negara pimpinan Datuk K Rajagobal usah mudah gementar malah menyahut cabaran mengekang lawan lebih perkasa itu dengan minda positif.

Ini berpandu kepada semangat ditunjukkan skuad 1992 ketika dia menjadi kapten membimbing pasukan menewaskan Australia 1-0 dalam final Piala Kemerdekaan Indonesia di Jakarta.

“Perlawanan ini sesuatu yang berharga buat pemain negara. Bukan senang nak dapat peluang bertemu Australia. Mereka kini pasukan yang sudah jauh meningkat naik dalam ranking bola sepak dunia dan antara gergasi di Asia.

“Dalam bola sepak, sukar untuk kita buat ramalan tepat. Kalau pada hari perlawanan itu kita pada prestasi terbaik, apa pun boleh terjadi. Jika dapat kejutkan Australia (esok), mungkin ranking kita boleh naik. Tapi bagi saya, mutu permainan ditonjolkan sepanjang perlawanan lebih penting,” kata Zainal ketika dihubungi, semalam. 

Kebetulan, 19 tahun lalu, Rajagobal adalah penolong jurulatih kepada Ken Worden dan apa yang pasti dia juga ada tekad besar membimbing anak didiknya mengulangi sejarah manis itu, petang ini.  - BHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga