slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 18 Oktober 2011

Hadiah hari jadi buat Chong Wei

CHONG Wei mencari hadiah hari jadi di bumi Denmark.


JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei meletakkan sasaran untuk muncul juara pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark yang bakal membuka tirainya hari ini.
Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia mahu menjadi kejuaraan pada kejohanan tersebut sebagai hadiah hari jadi paling istimewa buat dirinya yang akan menjangkau usia 29 tahun pada 21 Oktober ini.
“Persiapan saya untuk kejohanan ini semuanya berjalan dengan lancar. Memandangkan kejohanan menawarkan mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012, sudah pasti ia menjadi tugas penting buat saya.
“Saya harap semuanya akan berjalan seperti mana yang telah dirancang.
“Saya memang mahu bergelar juara pada Terbuka Denmark kerana mahu menjadikan ia sebagai hadiah. Ia akan menjadi hadiah hari jadi yang paling istimewa buat diri saya,” kata Chong Wei.
Pada kejohanan yang barlangsung di Odense, Denmark itu, Chong Wei bakal memulakan cabarannya menentang perseorangan India, Parupalli Kashyap pada aksi pusingan pertama esok.
Sekiranya berjaya mara ke pusingan kedua, dia dijadual berdepan pemenang antara Pablo Abian dari Sepanyol dengan pemain yang melepasi saingan peringkat kelayakan.
Tugas getir dijangka menanti Chong Wei sekiranya berjaya mara ke peringkat suku akhir apabila bintang muda China, Chen Jin diramal menjadi lawannya.
Pada peringkat separuh akhir, jaguh negara itu bakal berdepan satu lagi tentangan sengit sama ada daripada perseorangan Denmark, Peter Hoeg Gade dan rakan baiknya, Taufik Hidayat dari Indonesia.
Andai berjaya melangkah ke pentas final, dia dijangka berdepan seteru utamanya, Lin Dan dari China.
Pertemuan itu pastinya tidak mahu dilepaskan Chong Wei untuk membalas dendam atas kekalahannya di tangan Lin Dan pada aksi final Kejohanan Badminton Dunia, Ogos lalu.
Ketika ini, rekod kemenangan masih memihak kepada Lin Dan yang berjaya menang 16 perlawanan daripada 24 pertemuan sebelum ini. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga