slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 25 Oktober 2011

Mancini sanjung tinggi kelibat 'budak nakal' City

BALOTELLI diraikan rakan-rakan sepasukannya di Old Trafford kelmarin.


LONDON Pengurus Manchester City, Roberto Mancini melabel bintang muda Itali, Mario Balotelli sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.
Malah, Mancini turut menganggap Balotelli kini berada dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia di belakang penyerang Argentina, Lionel Messi dan pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo.
Kenyataan Mancini itu hadir selepas Balotelli meledak dua gol bagi membantu City melakar kemenangan 6-1 ke atas Manchester United dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin.
Mancini percaya, Balotelli memiliki kualiti untuk menjadi salah seorang pemain terbaik dunia sekiranya pemain itu boleh mengubah sikap negatifnya di luar padang.
"Apa yang penting ketika ini adalah Balotelli mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan sepasukannya.
"Untuk perlawanan hari ini (kelmarin), Balotelli beraksi dengan baik. Jika kita hendak bercakap mengenai kedudukan Balotelli dalam senarai pemain terbaik dunia, saya meletakkan dia dalam kelompok lima terbaik.
"Saya sangat berharap kepada Balotelli dan secara amnya dalam arena sukan bola sepak.
"Jika dia boleh mengubah sikap negatifnya selepas ini, saya percaya dia mampu menjadi pemain yang berada dalam kelompok tiga terbaik dunia," kata Mancini.
Sebelum ini, Balotelli, 21, sering kali dilabel 'budak jahat' ekoran sikapnya yang panas baran dan gemar mencetuskan kontroversi baik di dalam mahupun di luar padang.
Namun, dia kini dilihat semakin matang selepas mempamerkan prestasi konsisten dalam setiap perlawanan. -AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga