slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 4 Oktober 2011

Piala Dunia Ragbi 2011: 'Perlawanan sebenar bermula'

SMIT (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Australia, Ahad ini.
SMIT (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan menjelang pertemuan dengan Australia, Ahad ini.
WELLINGTON: Afrika Selatan bersiap sedia untuk perlawanan “sebenar” Piala Dunia apabila bertemu musuh tradisi Australia pada suku akhir, Ahad ini.

“Satu perkara yang pasti, Piala Dunia yang sebenar bermula minggu ini,” kata kapten dan hooker, John Smit, yang menerajui Springboks mencatat empat kemenangan daripada empat perlawanan kumpulan.

“Ia pastinya kejohanan yang dibahagikan kepada dua peringkat dan ini adalah peringkat yang mana semua perlawanan adalah perjuangan 'hidup atau mati' dan peringkat yang berbeza sepenuhnya.” 

Menjangkakan akan terdapat suasana 'keghairahan berbeza' di sekitar kem, Smit menambah mana-mana pasukan yang mencatat keputusan baik dalam perlawanan peringkat kumpulan, berhak memperoleh tempat pada saingan kalah mati. 

“Jika anda mara sejauh ini, anda sudah berjaya mencatat kejayaan pada peringkat kumpulan dan peringkat kumpulan itu terutama buat kami, tidak ternilai kerana kami hadir ke kejohanan ini dalam keadaan amat tidak bersedia,” katanya. 

“Melihatkan kepada perlawanan, bagaimana kombinasi pasukan serta pemain boleh mencatat prestasi baik sebenarnya tidak ternilai.” 

Smit menambah: “Semua berada pada tahap sama, maka keputusan sebelum ini tidak lagi bersesuaian kerana semua berada di kelompok saingan yang sama, namun pengalaman empat minggu sebelum ini amat berguna untuk lapan pasukan yang mara ke suku akhir.” – AFP 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga