slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 1 Oktober 2011

Neelofa nafi lentok kepala di bahu Hans Isaac



KUALA LUMPUR: “Saya tidak pernah memegang tangan Hans Isaac apa lagi meletakkan kepala di bahu dia. Semua tuduhan itu tidak berasas sama sekali,” kata pelakon sedang meningkat naik, Neelofa atau nama sebenarnya, Neelofa Mohd Noor, 22.

Itu penjelasan Neelofa berhubung kontroversi terbarunya iaitu bercinta dengan pelakon terkenal, Hans Isaac dan berpegangan tangan di sebuah pusat beli-belah di Damansara, baru-baru ini.

Kontroversi itu tersebar menerusi beberapa blog hiburan mendakwa Neelofa kini hangat bercinta dengan pelakon berkenaan, berpegangan tangan dan meletakkan kepala di bahu selebriti tampan itu.

Sumber yang juga media, memberitahu ternampak kelibat Neelofa dan Hans bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Ahad lalu sambil berpegangan tangan selain selebriti cantik itu 'melentokkan' kepalanya di bahu Hans Isaac.

Neelofa yang ditemui di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), semalam menafikan perkara itu, namun mengakui ada berjumpa Hans Isaac di pusat beli-belah untuk berbincang mengenai filem Lemak Kampung Santan yang akan dibintangi mereka.

Neelofa turut menafikan Hans Isaac sebagai teman lelakinya dan menegaskan sehingga kini masih belum mempunyai teman lelaki. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga