slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 18 Oktober 2011

Karathu letak jawatan



SELEPAS sembilan bulan berkhidmat dengan skuad The Red Warriors, Datuk M Karathu mengumumkan pengunduran dirinya sebagai jurulatih kerana mahu menumpukan masa sepenuhnya bersama keluarganya di Ipoh, Perak.

Karathu yang bersama Kelantan awal tahun ini sempat melakar sejarah apabila berjaya menjuarai Piala Sumbangsih, Juara Liga Super dan naib juara Piala FA sepanjang musim ini.

Katanya, beliau tetap meletakkan The Red Warriors salah satu pasukan yang boleh membanggakannnya walaupun tidak lagi memberi khidmat sebagai jurulatih kepada gergasi merah dari pantai timur itu.

“Saya belum membincangkan perkara ini dengan Kafa namun sehingga kini saya berhasrat untuk memberi tumpuan kepada keluarga selepas sembilan bulan berkhidmat bersama The Red Warriors.

“Selain itu, saya juga tidak menerima tawaran daripada mana-mana pasukan lain malah selepas berjaya mencipta beberapa kejayaan bersama Kelantan, saya ingin pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Namun, pengendali berusia 68 tahun itu mengakui pengalaman pahit getir bersama pasukan Kelantan sukar dilupakan apatah lagi pernah menabur bakti terhadap skuad itu pada tahun 1993.

Katanya, walaupun kecewa kerana gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, namun beliau tetap berbangga dengan prestasi ditunjukkan anak didiknya apabila menghadiahkan Piala Sumbangsih dan menjulang Piala Liga Super.

“Bagi saya, pasukan Kelantan tersemat di hati saya dan pengalaman melatih Red Warriors tetap menjadi kenangan manis buat saya. Saya lihat Kelantan punyai ramai bakat baru untuk dicungkil.

“Saya gembira bersama Kelantan kerana pemainnya berbakat selain mempunyai penyokong yang hebat malah sukar untuk mendapat peminat seperti ini di tempat lain,” katanya.

Mengenai kekuatan empat pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini, Karathu melihat Terengganu, Selangor, T-Team dan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan masing-masing dan ia sukar diramalkan pasukan yang akan mara ke peringkat akhir nanti. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga