slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 23 Oktober 2011

Syahrini gemar berkuda



"SEPATUTNYA saya yang duduk dalam pasukan atlet berkuda," itu ucapan Syahrini dalam nada sedih.
Awalnya, penyanyi yang pernah berduet dengan Anang ini bercita-cita menjadi seorang atlet berkuda. Bagaimanapun akibat kemalangan pada 2008, dia terpaksa menyimpan hasrat tersebut. Seandainya tidak ada halangan, dia yakin akan tampil menyokong pasukan Indonesia di Sukan SEA ke-26 kelak.
Kemalangan yang dialami Syahrini menyebabkan dia trauma dan terpaksa berehat daripada sukan berkuda. Dua ekor kuda miliknya dihantar ke sebuah kandang di Ciganjur, Jakarta Selatan.
"Hobi berkuda bermula sejak zaman universiti. Sekarang saya memiliki dua ekor kuda. Kini naik kuda sudah terasa was-was dan takut jatuh lagi. Tapi saya masih menjalani latihan," jelas Syahrini.
Namun demikian, Syahrini akan tetap menyokong pasukan Indonesia pada pertandingan berkuda yang akan berlangsung di Palembang.
"Sokongan saya untuk Sukan SEA kelak, tetapi tidak sehebat sokongan penonton bola sepak. Sebagai generasi muda, mewakili teman artis yang lain, seniman dan penyanyi, saya ingin sekali menyokong apa pun yang Indonesia lakukan. Kita diberi kepercayaan sebagai tuan rumah, jadi harus memanfaatkan sebagai momentum bahawa Indonesia akan menjadi sesuatu," katanya. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga