slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 12 November 2010

Amanat ketua kontinjen Malaysia

ZOLKPLES (barisan depan, lima dari kiri) bersama Datuk Bandar Perkampungan Sukan, Kong Shaoqiong bergambar dengan kontinjen Malaysia pada majlis upacara menaikkan bendera di Perkampungan Sukan menjelang Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China semalam

TEMASYA Sukan Asia 2010 bakal bermula secara rasmi selepas upacara perasmian berlangsung di Haixinsha Square malam ini.
Kecuali acara bola sepak yang telah bermula sejak Ahad lalu, acara-acara sukan lain akan membuka gelanggang pertandingan bermula pagi esok.
Ketua kontinjen Malaysia, Datuk Zol- kples Embong sudah mula merasai bahang temasya kali ini dengan mengharapkan barisan atlet negara dapat melakukan permulaan yang baik pada hari pertama pertandingan esok.
“Saya harap para atlet negara dapat turun beraksi dengan baik pada 13 November (esok).
“Tetapi kita sedar sukar untuk kita melakukan seperti di Sukan Komanwel, New Delhi bulan lalu apabila hampir setiap hari kita mendapat satu pingat emas.
“Ini kerana Sukan Asia ini lebih sukar saingannya tetapi sasaran sekurang-kurang sembilan pingat emas di Guangzhou ini masih kita pegang, malah mungkin boleh dapat lebih lagi.
“Dalam sukan apa pun boleh jadi. Kita tetap mempertaruhkan untuk mendapat tiga atau empat pingat emas dari- pada acara boling, dua emas sekurang- kurangnya dari skuasy, dua pingat emas daripada berbasikal.
“Kita juga berharap prestasi atlet negara dalam sukan badminton, wusyu, sepak takraw dan karate turut cemerlang untuk menghadirkan kilauan emas,” katanya ketika ditemui di Pusat Media Utama (MPC) Sukan Asia 2010 semalam.
Pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar, kontinjen Malaysia berjaya membawa pulang lapan pingat emas, 17 perak dan 17 gangsa.
Zolkples turut tidak ketinggalan untuk memuji kemampuan skuad bola sepak negara yang telah menampilkan aksi membanggakan selepas seminggu berada di Guangzhou.
“Saya telah beritahu kepada pasukan bola sepak, jangan jadikan masalah kecederaan sebagai alasan kerana saya lihat mereka masih mampu tampil beraksi dengan baik,” jelas Zolkples. - KOSMO
Good Luck buat semua atlet negara..... semuga berjaya dgn misi masing2.....

1 ulasan:

Iklan Mangga