slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 19 November 2010

Usah kena aib lagi

TANGKAS...Futra melakukan libasan ketika menentang India, semalam

MISI menebus maruah bermula petang ini apabila Malaysia berdepan Korea Selatan pada separuh akhir sepak takraw Sukan Asia Guangzhou di Pusat Sukan Haizhu.
Kapten, Mohd Futra Abdul Ghani akan memikul tugas penting itu untuk memadamkan aib terpalit ketika tewas 1-2 di Piala Raja Thai Julai lalu.

Hanya regu Futra, Normanizam Ahmad dan Ariff Ghani memenangi pertarungan tiga set itu 24-25, 22-20, 13-15, manakala dua lagi tumbang mengejut.


“Inilah harinya untuk kita menebus semula kekalahan itu selepas bekerja keras sebelum datang ke sini.

“Misi kita selain menewaskan Korea Selatan turut merampas pingat emas daripada Thailand,” kata jurulatih Iskandar Arshad semalam.


Malaysia mara ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan China 2-1, Jepun 3-0 dan India 3-0. Manakala Korea Selatan muncul naib juara Kumpulan B selepas tumbang 0-3 kepada juara bertahan, Thailand.


Apa yang penting sekarang adalah permainan strategi dan menurut Iskandar kejutan di Chiangmai kekal di ingatan pemain.

“Kekalahan itu berpunca kerana kita alpa dan tidak bersedia. Kita hanya menganggap lawan kuat hanyalah Thailand dan negara rantau Asia Tenggara. Kita lupa Korea Selatan secara diam sudah menjadi pesaing utama.


“Suasana sudah berubah dan kali ini kita benar-benar bersedia baik fizikal, mental mahupun strategi permainan. Kita tidak akan leka lagi,” katanya.

Iskandar turut menegaskan Korea Selatan mengekalkan barisan serupa di Piala Raja Thai.


Malaysia sudah pasti mengharapkan regu utama Mohd Futra di samping dua lagi regu yang mempamerkan persembahan mantap dan meyakinkan. “Inilah masanya untuk pemain membersihkan maruah sepak takraw negara dan ia bermula di sini,” katanya. lagi. - myMetro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga