slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 20 November 2010

Prestasi United makin tenggelam

FLETCHER mengakui prestasi United semakin tenggelam selepas beberapa pasukan berjaya menunjukkan peningkatan.

MANCHESTER - Prestasi Manchester United semakin tenggelam selepas beberapa kelab Liga Perdana England berjaya menunjukkan peningkatan musim ini.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh perancang skuad The Red Devils, Darren Fletcher.
"Standard dalam saingan Liga Perdana England kini sudah mula mempamerkan peningkatan dan pasukan-pasukan yang bersaing juga semakin baik.
"Berdasarkan pengalaman kami (United) musim lalu, ia adalah satu saingan liga yang sukar dan kamu sendirisudah tercicir banyak mata.
"Jika dahulu empat kelompok teratas liga sudah boleh diramal- kan tetapi kini ia terbuka kepada mana-mana kelab sekalipun," jelas Fletcher.
Setakat ini, United merupakan satu-satunya kelab yang masih belum kalah dalam saingan liga musim ini tetapi sekadar menghuni tangga ketiga.
Skuad kendalian Alex Ferguson itu masih berjaya mengekal- kan rekod tanpa kalah apabila mencatat enam kemenangan dan tujuh seri sepanjang 13 perlawa- nan.
Begitupun, daripada enam kemenangan yang dicatat United itu, mereka hanya berjaya mela- kar satu kemenangan di laman sendiri manakala lima lagi adalah seri.
Justeru, skuad The Red Devils kini sudah tidak mahu terlepas tiga mata penuh apabila beraksi di laman sendiri.
Ia bakal bermula dengan pertemuan menentang Wigan Athle- tic dalam aksi saingan liga di Old Trafford malam ini.
Sebagai rekod, The Red Devils menang kesemua perlawanan dengan Wigan sejak kelab tersebut beraksi dalam saingan liga utama pada 2004.
Begitupun, Fletcher tidak mahu memandang mudah ujian daripada Wigan kerana percaya kelab tersebut telah semakin mantap berbanding sebelum ini.
Pada pertemuan itu nanti, penyerang muda Mexico, Javier Hernandez sudah pasti akan terus diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan skuad The Red Devils.
Ini kerana, Wayne Rooney masih belum pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya ketika ini. - AFP (Kosmo)

1 ulasan:

Iklan Mangga