slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 14 November 2010

Chong Wei, badminton lelaki tersungkur awal

GUANGZHOU - Skuad badminton negara menerima tamparan terbesar apabila memulakan kempen Sukan Asia XVI selepas kalah mengejut kepada Thailand 2-3 pada suku akhir berpasukan lelaki, kekalahan yang berpunca daripada kegagalan jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mengutip mata pertama di Gimnasium Tianhe, semalam.
Ini adalah mimpi paling ngeri bukan badminton negara, apatah lagi ia merupakan kekalahan pertama kita kepada Thailand dalam mana-mana acara berpasukan dalam tempoh 30 tahun, malah kekalahan ini mengimbas kembali insiden kita diaibkan Jepun pada Piala Thomas di Kuala Lumpur, Mei lalu.

Kebimbangan jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek bahawa Thailand mampu menjadi ancaman kepada skuad negara akhirnya menjadi kenyataan, namun bezanya kekalahan datang daripada acara paling tidak diduga, iaitu Chong Wei yang tumbang 21-9, 10-21, 19-21 kepada Boonsak dalam perseorangan pertama.

Beregu No. 1 dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Muhammad Hafiz Hashim berjaya menghidupkan peluang negara apabila meletakkan kedudukan 2-1 dengan memenangi saingan beregu pertama dan perseorangan kedua.
Kien Keat-Boon Heong menundukkan Sudket Prapakamol-Songphon Anugritayawon 21-12, 21-13, manakala Hafiz menyingkirkan bintang muda sedang meningkat, Tanongsak Saensomboonsuk 14-21, 21-13, 21-13.

Ketika Malaysia hanya memerlukan satu mata daripada mana-mana baki dua acara - beregu kedua dan perseorangan ketiga untuk mengesahkan kemenangan, tiada seorangpun daripada tiga muka baru Sukan Asia boleh diharap untuk menghadirkan kejayaan.

Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong tewas 23-21, 12-21, 16-21 kepada Bodin Issara-Maneepong Jongjit, manakala Liew Daren menyumbang kekalahan mengejutkan Malaysia apabila tunduk 16-21, 16-21 di tangan Suppanyu Avihingsanon.
"Saya sangat sedih kerana kita tidak sepatutnya kalah kepada Thailand. Sebelum ini kita hanya bercakap tentang pertemuan dengan Korea Selatan, Jepun atau China tetapi kita tidak terfikir kita boleh kalah kepada Thailand di peringkat lebih awal.

"Kekalahan Chong Wei kepada Boonsak menjadi titik kepada kegagalan Malaysia. Sebelum ini kita bimbang dengan prestasi Hafiz, tetapi hari ini tertanya Chong Wei yang memberi masalah. Begitupun, Chong Wei tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana dia tidak berada di prestasi terbaik kerana dalam dua hari ini, dia mengidap selesema dan demam.

"Pemain remaja pula tidak boleh diharapkan untuk menghadirkan sekurang-kurangnya satu mata, mereka nampak amat tertekan dan terlalu tegang memikul cabaran yang besar. Ia jelas menunjukkan kita terlalu bergantung kepada Chong Wei, bila sesuatu yang tidak dijangka berlaku, maka semuanya menjadi huru hara," ujar Misbun.

Kekalahan ini memberi tamparan hebat buat skuad negara yang turun sebagai pilihan kedua di belakang China. Jika kekalahan 1-3 kepada Korea Selatan pada separuh akhir Temasya Doha 2006 sudah dianggap kegagalan, apatah lagi tersingkir di suku akhir kepada pasukan bukan pilihan seperti Thailand. - Mingguan Malaysia

Kalau dah kalah tu.... kalah la.... x yah bagi alasan lagi......


2 ulasan:

Iklan Mangga