slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 26 November 2010

Impian Spurs jadi kenyataan

PEMAIN Tottenham, Luca Modric, (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Peter Crouch (kanan) sewaktu menentang Werder Bremen dalam aksi Liga Juara Juara di White Hart Lane, London, semalam. - AP
Impian Tottenham Hotspur untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara akhirnya tercapai setelah berjaya menundukkan Werder Bremen 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan A di White Hart Lane, kelmarin.

Jaringan daripada Younes Kaboul dan Luca Modric membolehkan pasukan dari London itu selesa mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama.

Sekalipun, Gareth Bale gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas waktu rehat, Peter Crouch menambah gol ketiga pada minit ke-79 yang sekali gus menjamin tempat Spurs pada saingan 16 pasukan, sementara, Bremen pula tersingkir.

Kaboul yang muncul wira pasukannya ketika membantu Spurs menjaringkan gol pada lewat permainan untuk menewaskan Arsenal 3-2, Sabtu lalu, sekali lagi, meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila sepakan volinya pada minit ke-6 menerjah ke gawang lawan setelah menerima hantaran Aaron Lennon.

Modric menambah jaringan buat pasukan apabila meledakkan gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir setelah Crouch menanduk bola hasil hantaran Alan Hutton.

Crouch meletakkan pasukannya berada dalam kedudukan selamat selepas dia menyumbat gol ketiga dari jarak 5meter - Reuter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga