slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 20 November 2010

Malaysia mengamuk belasah Oman

BARISAN pemain Malaysia meraikan kejayaan membenam Oman 12-2 pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Hoki Aoti semalam

SKUAD hoki lelaki negara bagaikan 'mengamuk' di bumi Guangzhou apabila membelasah Oman 12-2 pada aksi ketiga Kumpulan A Sukan Asia Ke-16 semalam.
Setelah mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 2-2 kelmarin, anak buah Stephen van Huizen itu sedar mereka perlu menang besar ke atas Oman andai berhasrat mara ke separuh akhir.
Kini tugas skuad negara dilihat lebih mudah apabila China tewas 1-3 kepada Korea Selatan dan mereka hanya perlu seri apabila berdepan tuan rumah itu pada perlawanan terakhir Kumpulan A esok.
"Biarpun kita menjaringkan 12 gol, namun ia tidak membawa sebarang erti kerana China telah tewas kepada Korea Selatan," kata van Huizen semalam.
"Bagaimanapun, saya puas hati dengan aksi pemain kita hari ini (semalam) dan mereka juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi.
"Cuma ada beberapa kelemahan di barisan pertahanan yang perlu diperke- maskan lagi sebelum turun bertemu China.
"Apa pun, kita berharap mampu mencatat sekurang-kurangnya seri dengan mereka nanti, jika menang lagi bagus."
Pada aksi di Stadium Hoki Aoti semalam, skuad negara mendahului 7-0 pada babak pertama sebelum menambah lima gol lagi pada babak kedua.
Penjaring gol semalam ialah Azlan Misron (tiga gol), Muhd. Amin Rahim (dua), Faizal Saari (dua) dan satu gol masing- masing daripada Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Hafifihafiz Hanafi, Izwan firdaus Ahmad Tajuddin, Muhd. Razie Abd. Rahim dan Muhd. Marhan Muhd. Jalil.
"Aksi penentu kita adalah dengan China, jadi saya telah beritahu pemain agar bermain sedaya upaya untuk memasti- kan kita mara ke separuh akhir," kata van Huizen.
"Kita pernah mengalahkan mereka ketika Piala Sultan Azlan Shah yang lalu tetapi ketika perlawanan ujian di Dalian, kita kalah kepada mereka.
"Jadi saya rasa peluang kedua-dua pasu- kan seimbang, namun saya yakin kita mampu mengalahkan mereka di sini."
Kali terakhir Malaysia mengalahkan Oman ialah dengan jaringan 7-0 pada te- masya 1994 di Hiroshima manakala jari- ngan terbesar pernah dicatat pula ialah ketika menang 13-1 ke atas Hong Kong dalam Piala Asia 2007 di Chennai, India. - Kosmo

1 ulasan:

Iklan Mangga