slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 4 November 2010

United intai kalah mati Liga Juara-Juara

Pemain Manchester United, Gabriel Obertan (kiri) bersaing dengan pemain Bursaspor, Ali Tandogan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Ataturk, Bursa, semalam. United menang 3-0. - AFP

BURSA - Manchester United kini mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Bursaspor 3-0, kelmarin.

Gol yang diperoleh ketika babak kedua perlawanan melalui jaringan Darren Fletcher, Gabriel Obertan dan Bebe membuatkan pengurus United, Alex Ferguson merasa lega kerana pasukannya kini mendahului Kumpulan C dengan 10 mata berbanding Valencia yang memperoleh 7 mata.

Fletcher menghadiahkan gol pertama kepada United pada minit ke-48 selepas mengelirukan penjaga gol tuan rumah, Dimitar Ivankov di Stadium Bursa Ataturk.

Dua puluh lima minit selepas itu, United sekali lagi menggegarkan gawang gol Bursaspor melalui rembatan kencang Obertan yang mudah menyempurnakan peluang melalui hantaran Park Ji-Sung dan gol kedua itu mengundang tekanan hebat kepada pasukan tuan rumah.

Empat minit selepas itu, pemain baru dari Portugal, Bebe melengkapkan gol kemenangan buat United dan membuatkan semua pemain yang berada di bangku simpanan bangun serta meloncat kegembiraan.

Sungguhpun masih ada satu lagi perlawanan di peringkat kumpulan, United kini hanya memerlukan beberapa mata sahaja sewaktu bertemu Rangers pada perlawanan selepas ini malah peluang untuk mara ke peringkat kalah mati tetap ada bagi skuad bimbingan Ferguson itu.

Dalam pada itu, Ferguson berkata, gol pertama Fletcher pada separuh masa kedua membuatkan kesemua pemain bersemangat walaupun beraksi tanpa beberapa tonggak utama pasukan berkenaan.

''Melalui jaringan awal itu kita berjaya mengawal permainan dan pemain juga banyak mencipta peluang ketika itu. 'Ketika kami menjaringkan gol kedua harapan Bursaspor untuk mendapatkan kemenangan musnah.

''Kesemua pemain kini bermain dengan baik, malah mereka kini bertambah yakin untuk memperoleh kemenangan selepas ini,'' kata Ferguson. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga