slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 22 November 2010

Sukan Asia-Skuasy: Emas untuk Nicol & Azlan

NICOL David berusaha membalas pukulan lawannya dari Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan akhir perseorangan wanita skuasy Sukan Asia XVI di Guangzhou, semalam (Utusan)

TAHNIAH untuk Datuk Nicol David dan Mohamad Azlan Iskandar kerana berjaya membawa pulang pingat emas utk acara skuasy di Sukan Asia XVI Guangzhou semalam.

Nicol, pemain yang menduduki ranking No. 1 dan juara dunia turun selaku penyandang juara menentang lawannya dari Hong Kong, Annie Au, yang terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlawanan yang mendebarkan sebelum ratu skuasy itu mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.

Kejayaannya itu juga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya pada Sukan Asia sejak meraih emas pertama pada Temasya Bangkok 1998 sebelum tewas pada perlawanan akhir di Busan 2002 untuk pulang gangsa dan bangkit merampas kembali kemenangan dalam Sukan Asia Doha 2006.

Sementara itu, Azlan yang akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama Sukan Asia mengakui berasa puas selepas sekadar meraih perak di Doha 2006 selepas tewas kepada Ong Beng Hee pada perlawanan akhir.

''Pingat emas ini ditujukan untuk negara. Ini yang paling penting. Kami dibayar untuk mencari pingat emas dan bukan sekadar berusaha keras semata-mata," ujarnya.

Pada perlawanan akhir, semalam Azlan yang turun selaku pilihan pertama berjaya menewaskan lawannya dari Pakistan yang menang perak, Aamir Atlas Khan 11-6, 11-7, 11-6 yang terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki pemain Malaysia itu dalam tempoh 39 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga