slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 13 November 2010

United tak rela berkongsi mata lagi

Edwin van der Sar berharap Manchester United akan meraih tiga mata penuh apabila menentang Aston Villa hari ini, setelah seri tanpa jaringan dengan Manchester City, Rabu lalu.

MANCHESTER, England - Edwin van der Sar berharap Manchester United dapat memburu mata pada perlawanan Liga Perdana, sekali gus mengatasi kesukaran meraih kemenangan.

United akan menentang Aston Villa hari ini, selepas seri tanpa jaringan dengan Manchester City, Rabu lepas.

Bagaimanapun penjaga gol kebangsaan Belanda itu, van der Sar, tidak percaya keputusan tersebut akan memberi impak pada kedudukan ketika penghujung musim nanti, dalam usaha untuk mendapatkan kejuaraan dari Chelsea.

Keputusan seri pada perlawanan itu adalah yang kelima dicatatkan oleh United dalam Liga Perdana musim ini menyebabkan pasukan itu tercicir 10 mata.

''Keputusan seri sewaktu menentang Manchester City kami terima seadanya.

''Saya rasa amat kecewa dengan tujuh perlawanan pertama musim ini, apabila kita banyak mendapat keputusan seri, kerana itu kami kurang mendapat mata.

''Kami pernah mendapat keputusan seri ketika menentang Everton, Fulham dan West Brom dan beberapa lagi pasukan,'' kata van der Sar.

Bagaimanapun, United masih berada pada landasan kejuaraan, kerana kutipan mata yang diperolehi masih tidak jauh ketinggalan berbanding pendahulu, Chelsea.

''Perjalanan kami masih jauh, kami masih kekal sebagai pasukan yang sukar untuk ditundukkan dan ini menjadi semangat kepada semua pemain,'' van der Sar.

Namun pertahanan Villa, James Collins tidak menggangap perlawanan menentang United sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.

Pada perlawanan Rabu lepas, Collins membantu Villa menjaringkan gol kemenangan 3-2 ketika menentang Blackpool.

''Kami telah menunjukkan perwatakan yang baik ketika mencatat kemenangan ke atas Blackpool.

''Kami mempunyai skuad yang amat baik dan kami yakin mampu memberi kejutan dalam Liga Perdana.

''Semua pemain beraksi dengan baik dan menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna,'' kata Collins.

Sementara itu, penyerang United, Wayne Rooney masih tidak dapat diturunkan pada perlawanan hari ini. - AFP (Utusan Malaysia)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga