slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 16 Mac 2011

Azizul, Nicol atlet terbaik kebangsaan 2010


Pasukan hoki negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou dipilih sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Fauzi Baharudin

KUALA LUMPUR - Jaguh keirin dunia, Azizulhasni Awang dan pemain skuasy No. 1 dunia, Datuk Nicol David menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 pada Anugerah Sukan Negara di sini, semalam.


Azizulhasni, 23, dan Nicol, 28, menerima anugerah tertinggi sukan tanah air itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Azizulhasni dan Nicol masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi iringan. Ia merupakan anugerah kedua buat pelumba basikal kelahiran Dungun, Terengganu yang mendapat jolokan The Pocketrocketman itu selepas 2009.

Azizulhasni berkata, beliau gembira kerana meraih anugerah tersebut buat kali kedua berturut-turut dan kemenangannya itu khas buat jurulatih, isteri dan ahli keluarganya.

"Tidak lupa juga Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan juga para pengkritik sukan yang telah banyak membantu membina karier saya sehingga berada di tahap ini," katanya.

Menurutnya, kemenangan itu juga memberi motivasi kepada dirinya untuk terus melakar kejayaan lebih cemerlang dalam acara lumba basikal khususnya meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagi Nicol pula, kejayaan itu merupakan satu lakaran sejarah yang tersendiri buat dirinya apabila dipilih buat kali kelapan.

"Saya bersyukur kerana kegigihan saya dihargai menerusi anugerah ini. Saya percaya tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan besar dalam sukan,'' katanya.

Skuad hoki negara yang mencatat sejarah cemerlang menggondol pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou, dipilih Pasukan Lelaki Kebangsaan dan bagi Pasukan Wanita Terbaik milik pasukan skuasy, yang memenangi emas Sukan Asia. Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga