slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 17 Mac 2011

Wan Jamak letak jawatan ketua jurulatih N Sembilan


SEREMBAN 17 Mac – Wan Jamak Wan Hassan telah meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Wan Jamak telah menemuinya pagi tadi dan mengemukakan surat peletakan jawatannya.

"Sebagai seorang profesional, Wan Jamak mahu bertanggungjawab atas prestasi yang kurang memuaskan pasukan Negeri Sembilan dan mohon supaya dia dibenarkan meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad, yang juga Menteri Besar, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket dan sagu hati khas kepada pelajar Negeri Sembilan di Mesir di sini.

Katanya, walaupun berat untuk melepaskan Wan Jamak memandangkan jasanya sebelum ini, namun beliau tetap menghormati pendirian jurulatih itu.

Katanya, Wan Jamak telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan prestasi pasukan tapi tidak berhasil. – Bernama

2 ulasan:

  1. dah kena sindir mestilah letak jawatan. Org pun ada perasaan.

    BalasPadam
  2. lepas ni pengurus plak letak jawatan.pastu sape plak

    BalasPadam

Iklan Mangga