slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 26 Mac 2011

Woods ada makwe


TIGER Woods (gambar) membuat beberapa penampilan besar-besaran bersama media minggu lalu untuk mempromosikan permainan video terbarunya keluaran EA Sports, Tiger Woods PGA Tour '12: The Masters.

Dia tampil dalam rancangan televisyen Good Morning America, Late Night With Jimmy Fallon dan rancangan lain, namun minggu ini Woods kembali menjadi tumpuan kerana kehidupan peribadinya.

RadarOnline dan akhbar tabloid lain melaporkan Woods mempunyai seorang teman wanita baru, Alyse Lahti Johnston yang berusia 22 tahun. Sumber RadarOnline adalah seorang rakan karib Alyse dan bekas rakan sekelas.

RadarOnline.com melaporkan berita hujung minggu lalu bahawa Woods yang bergelar duda anak dua sudah keluar bersama Alyse. Selepas dibesarkan di Ohio dan menamatkan pengajian di Ohio State, Alyse berpindah ke Windermere, Florida tahun lalu untuk bersama ibu dan bapa tirinya. Dia bekerja dengan sebuah syarikat fesyen di Orlando, namun benci dengan syarikat itu dan tidak kekal lama, kata sumber itu.

Secara kebetulan, Windermere adalah tempat kediaman Woods dan bapa tiri Alyse, yang membesarkannya sejak remaja, adalah Alastair Johnston, seorang anggota lembaga pengarah IMG, syarikat gergasi agensi sukan yang mewakili Woods. 

Beliau turut menjadi anggota lembaga pengarah beberapa perniagaan berkaitan dengan golf. Johnston memperkenalkan anak tirinya kepada Woods, 35, menurut blog sukan Terez Owens, sekalipun tidak jelas bila sebenarnya mereka berjumpa. 

Mereka dikhabarkan sudah bersama selama beberapa minggu. Pasangan itu dilihat bersama minggu lalu belayar dengan kapal layar Woods, Privacy, yang berlabuh di North Palm Beach.

Sementara itu, akhbar The Sun Britain mengeluarkan kenyataan bapa tiri Aylse yang tidak mengesahkan mahupun menafikan hubungan antara anak perempuannya dan Woods.

Johnston berkata: "Tiger Woods sudah lama menjadi jiran saya selama 15 tahun dan Alyse mengenalinya sepanjang hidupnya.

"Mereka pergi ke gimnasium dan keluar makan malam bersama.

"Adakah mereka menghabiskan masa bersama? Ya."

Woods, bekas pemain nombor satu dunia, berkahwin dengan Elin Nordegren, bekas peragawati dari Sweden pada 2004 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mereka bagaimanapun bercerai pada 23 Ogos 2010 selepas pendedahan berlanjutan mengenai kecurangan Woods yang memiliki ramai wanita simpanan, lebih sedozen tampil menyatakan mereka ada hubungan sulit dengan bintang golf dunia itu.

Pada Julai 2010, Forbes mengumumkan Woods sebagai atlet sukan lelaki paling kaya di dunia, memiliki pendapatan AS$105 juta (RM318 juta) menurut mereka dan AS$90.5 juta (RM274 juta) mengikut Sports Illustrated.

Berita terbaru mendedahkan Alyse adalah rakan kepada bekas isteri Woods, Elin. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga