slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 11 Mac 2011

Chong Wei ke suku akhir


Pemain negara, Lee Chong Wei tenang membalas pukulan pemain China, Bao Chunlai pada perlawanan pusingan kedua kejohanan All England di Birmingham, semalam. – AFP
KUALA LUMPUR – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan dua beregu negara mengesahkan tempat ke suku akhir kejohanan badminton All England setelah mengatasi lawan masing-masing pada pusingan kedua, semalam. Chong Wei tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan tentangan pemain China, Bao Chunlai apabila mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 42 minit.

Kemenangan itu bermakna Chong Wei yang turun bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu, melebarkan rekod pertemuannya dengan Chunlai kepada 11-4.

Pemain Pulau Pinang itu dijangka menghitung pertemuan antara pemain pilihan kelapan, Boonsak Ponsana dari Thailand atau pun wakil Korea Selatan, Lee Hyun Il pada saingan suku akhir, hari ini.

Dalam saingan beregu pula, gandingan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong turut meneruskan kemaraan setelah menewaskan pasangan Taiwan, Chen Hung Ling-Lin Yu Lang.

Pada set pertama, Kien Keat-Boon Heong mudah mengatasi lawan 21-10, namun pasangan Malaysia itu diberi tentangan sengit sebelum menamatkan permainan set kedua 22-20 dalam masa 24 minit.

Satu lagi pasangan Malaysia, Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa, yang sukar untuk dijinakkan.

Zakry-Thien How tundak kepada pasangan dari negara Matahari Terbit itu pada set pertama, 12-21.

Namun, beregu negara tidak mudah putus asa apabila bangkit pada set kedua, 21-14 untuk mengheret Endo-Hayakawa ke set penentuan, yang berkesudahan memihak kepada Zakry/Thien How dengan keputusan 21-19.

Zakry-Thien How dijangka menentang beregu Denmark, sama ada Mathias Boe-Carsten Mogensen atau Mads Conrad-Petersen-Jonas Rasmusen.

Bagi Kien Keat-Boon Heong yang merupakan pilihan kelima kejohanan, mereka bakal bertemu lawan sama ada beregu Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan atau pun pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga