slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 21 Mac 2011

Nicol tiada tandingan


RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ternyata unggul dan berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB 2011 semalam.
Nicol yang turun selaku pilihan utama kejohanan menepati ramalan apabila turut berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ketujuh itu dalam perlawanan akhir yang berlangsung di gelanggang kaca Berjaya Times Square.
Dalam aksi final yang penuh dramatik, pemain yang mendudukiranking No. 1 dunia itu berjaya membenam lawannya dari Republik Ireland, Madeline Perry dengan straight set 11-6, 11-6, 11-2 dalam masa 34 minit.
Permainan yang berlangsung sengit itu mendapat sorakan serta sokongan padu penyokong tempatan yang menyaksikan perlawanan akhir itu sehingga Nicol berjaya meraih mata penamat pada set ketiga.
Nicol ketika ditemui selepas perlawanan berkata, perlawanan akhir semalam cukup menarik dan dia gembira menang ke atas lawannya yang turut menampilkan aksi hebat.
"Perlawanan dengan Madeline tadi sangat sengit sehingga sukar untuk mencari mata. Walaupun keputusan memihak kepada saya dengan kemenangan straight set tetapi saya terpaksa berusaha keras kali ini berbanding pada separuh akhir.
"Selain itu, saya lebih gembira dan teruja kerana dapat memberikan permainan terbaik, sekali gus dapat mempertahankan ge- laran buat kali ketujuh kali ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah semalam.
Tambah Nicol, selepas ini dia akan memberi fokus kepada latihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Skuasy Terbuka Pulau Cayman pada April depan sebelum menghadapi kejohanan Asia di Pulau Pinang nanti.
Nicol menyertai kejohanan kali ini dengan reputasi hebat selaku juara enam kali iaitu 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.
Dalam perlawanan akhir terbuka lelaki, pemain Mesir, Karim Darwish muncul juara selepas menewaskan rakan senegaranya, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3.
Nicol selaku juara memenangi trofi beserta hadiah wang tunai AS$8,550 (kira-kira RM28,270) manakala Karim selaku johan terbuka lelaki membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,075 (RM24,637). - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga