slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 9 Mac 2011

Chelsea 'hidu' trofi Liga Perdana


BLACKPOOL - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti telah berusaha sebaik mungkin untuk membawa pasukannya kembali ke landasan kejuaraan Liga Perdana apabila menang 3-1 ke atas kelab di zon penyingkiran, Blackpool, semalam.

Jaringan ketua pasukan, John Terry dan dua lagi gol Frank Lampard membantu Chelsea mencatat kemenangan selesa ke atas pasukan tuan rumah, yang memperoleh gol tunggal pada lewat permainan melalui Jason Puncheon.

Kemenangan itu membolehkan Chelsea merapatkan perbezaan dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester United kepada sembilan mata dengan kurang satu perlawanan.

Ketika Ancelotti mula 'menghidu' untuk sekali lagi menjulang trofi Liga Perdana, dia tidak begitu ghairah untuk mengulas peluang yang kini semakin terbuka luas.

"Kami perlu bersedia untuk perlawanan berikutnya dan mengharungi dari satu selepas satu perlawanan.

"Masih terlalu jauh untuk memikirkan bahawa kami mampu bersaing untuk memburu kejuaraan, lebih baik kami menghadapi perlawanan demi perlawanan.

"Ini merupakan keputusan yang bagus dan penting. Salomon Kalou banyak memainkan peranannya dan beraksi dengan baik sekali.

"Fernando Torres dan Didier Drogba secara keseluruhannya bermain dengan bagus, mereka amat bahaya dan saya rasa mereka telah bermain dengan baik," kata Ancelotti.

Bertentangan dengan pendapat Ancelotti, Torres dan Drogba sebenarnya masih belum menunjukkan keserasian dalam permainan masing-masing, namun pengurus Chelsea itu yakin Torres telah menyesuaikan diri dengan cara permainan kelab itu, membuktikan pembeliannya yang bernilai 50 juta pound (RM245 juta) berbaloi.

"Amat penting dia bekerja dengan pasukan dan dia membuktikannya. Dia boleh meningkat dan menjaringkan gol. Saya fikir mereka berdua merupakan kombinasi yang baik. Kami gembira dengan prestasinya dan dia akan menjaringkan gol. Ini bukan satu masalah." katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga