slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 6 Mei 2011

'Adnan Sempit 2' Buat Shahezy Sam Gementar


Shahezy Sam
PETALING JAYA: Pelakon Shaheizy Sam mengakui agak gementar untuk membintangi filem terbarunya Adnan Sempit 2 kerana bimbang dengan harapan orang ramai selepas siri pertama filem itu mendapat kutipan pecah panggung.
Jelas Sam, dia sedar jangkaan dan harapan tinggi daripada penonton terhadap filem ini yang diharap lebih baik daripada filem sebelumnya.
“Saya sangat gembira dan teruja untuk kembali berlakon dalam filem pertama saya yang mendapat kutipan Box Office.
“Bagaimanapun, saya juga takut untuk berhadapan dengan persepsi serta jangkaan penonton dan pengikut Adnan Sempit yang meletakkan harapan tinggi terhadap filem ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sam turut mengakui selain filem tersebut, gelaran Bintang Paling Popular dan Pelakon Popular yang dimiilikinya menjadi satu tekanan kepadanya untuk memberikan yang terbaik kepada peminat.
“Saya juga memikul tanggungjawab besar untuk beri yang terbaik kerana ini adalah harapan peminat saya.
“Saya tidak mahu mereka kecewa dengan mutu lakonan yang biasa sahaja dan tiada perubahan, tapi Insya-Allah saya sentiasa berikan yang terbaik,” katanya.
Ketika ditanya tentang bayaran yang diberi selepas menyandang gelaran Bintang Popular, Sam tidak menolak meletakkan harga lebih tinggi berbanding sebelum ini.
"Setiap manusia tidak berada pada satu tempat atau tahap yang sama untuk satu tempoh masa yang lama dan kita seharusnya sentiasa naik dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih baik, begitu juga daripada segi bayaran.
"Namun begitu ia tidaklah sampai melampau. Apa yang boleh saya katakan tentang bayaran adalah, Alhamdulillah,"jelasnya. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga