slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 17 Mei 2011

Ronaldo, Irina makin intim


CINTA MAKIN MEKAR...Ronaldo dan Irina bergembira menyaksikan perlawanan akhir tenis Terbuka Madrid.

KELIHATAN ketawa terkekek-kekek dan sesekali berkucupan, Cristiano Ronaldo dan model majalah Sports Illustrated, Irina Shayk, kelihatan seperti pasangan bercinta lain.

Peluang bertemu itu memang jarang-jarang dapat dinikmati pasangan terbabit. Sebelum ini, mereka terpaksa berjauhan demi melaksanakan tugas masing-masing. Minggu lalu, mereka duduk bersebelahan menyaksikan pertandingan akhir tenis Terbuka Madrid di antara Novak Djokovic menentang Rafael Nadal.

Irina, 25, mengenakan baju merah terang, sesuai dengan kuntuman bunga yang menghiasi tempat duduk orang kenamaan itu. Turut menyertai mereka, beberapa nama besar lain, termasuk bekas pemain nombor satu dunia, Carlos Mayer bersama teman wanitanya, Carolina Cerezuela, penjaga gol Real Madrid dan Sepanyol, Iker Casillas bersama pacarnya, penyampai televisyen Sara Carbonero. 

Seperti biasa, Ronaldo, 26, tampil dengan imejnya bersikat kemas dan berkulit gelap. Cuma, walaupun cuaca 21 darjah Celsius, peluh kelihatan jelas pada baju biru pemain Real Madrid itu. 

Berpacaran sejak setahun lalu, Irina dan Ronaldo bersemuka sekali lagi selepas model Russia berkenaan terbang dari New York untuk bertemu kekasihnya. Kedua-dua mereka juga dilihat menonton perlawanan Real Madrid menentang Zaragoza apabila pemain kebangsaan Portugal itu direhatkan gara-gara berlaku ketegangan dengan pengurusnya, Jose Mourinho. 

Walaupun Ronaldo menjadi bapa hasil hubungannya dengan seorang pelajar Britain tahun lalu, Irina nampaknya kekal setia. 

Pengumuman Ronaldo secara tiba-tiba pada Julai tahun lalu mengenai kelahiran anak lelakinya memang memeranjatkan banyak pihak. Kata Ronaldo, bayi dinamakan Cristiano Ronaldo Jr itu akan berada dalam ‘hak penjagaan eksklusif’ pemain berkenaan. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga