slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 1 Mei 2011

Nicol, Nafiizwan juara


NAFIIZWAN (kiri) dan Nicol menguasai kejohanan individu Asia semalam.

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila merangkul gelaran kelapannya manakala Mohd. Nafiizwan Adnan mengejutkan pilihan utama, Ong Beng Hee pada perlawanan akhir Kejohanan Individu Asia ke-16 yang berakhir di Pulau Pinang semalam.
Nafiizwan, yang mengejutkan pilihan kedua, Farhan Mehboob dari Pakistan pada saingan separuh akhir semalam, meneruskan rentak cemerlang dengan menjinakkan pilihan utama itu 11-7, 7-11, 11-7, 11-8 dalam masa 64 minit.
Pemain berusia 25 tahun dari Terengganu itu berkata, beliau tidak pernah berfikir dapat menewaskan Beng Hee tetapi keazamannya bertambah kuat selepas mengalahkan Farhan sebelum layak ke final.
"Saya paksa diri saya untuk menampilkan persembahan terbaik dan ia berhasil apabila mampu mengawal keadaan," kata Nafiizwan selepas kejayaan sulung dalam edisi Asia itu.
Manakala Beng Hee selaku juara empat kali berkata, beliau amat kecewa dengan kekalahan itu kerana terpaksa bersusah payah mengawal rentak permainannya.
Dalam pada itu, Nicol yang juga pemain No. 1 dunia tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan pemain Hong Kong, Annie Au Wing-Chi 11-3, 11-2 dan 11-5 dalam masa 23 minit pada aksi yang berlangsung di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David di Bukit Dumbar itu.
Sebelum ini, Nicol, 27, menjuarai kejohanan itu pada 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010.
"Saya bangga dapat menjuarai kejohanan ini di gelanggang sempena nama saya serta di hadapan ahli keluarga dan penonton tempatan," katanya yang akan kembali berlatih di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.
Nicol berkata, beliau berharap untuk kembali beraksi pada Kejohanan Terbuka Malaysia pada Julai ini.
Dalam pada itu, naib juara, Annie Au yang menduduki ranking ke-11 dunia berkata, Nicol memang pemain yang sukar diatasi.
"Saya berasa letih selepas perlawanan sengit pada separuh akhir semalam," katanya. - Kosmo

1 ulasan:

  1. bangga jap dengan dorang nie.. hehe.. nicol david orang penang kan.. same la cam cik su.. cik su orang penang gak.. hehe. bangga2

    BalasPadam

Iklan Mangga