slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 10 Mei 2011

United tiada masalah buru 1 mata kejuaraan


Ketua pasukan Manchester United, Nemanja Vidic (dua dari kiri) dan rakan sepasukan meraikan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea pada perlawanan Liga Perdana England di Old Trafford, kelmarin. - AP

MANCHESTER - Sir Alex Ferguson menegaskan pemain bertaraf bintang Manchester United tiada masalah untuk meraih satu mata yang diperlukan untuk mereka mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England ke-19.

Pasukan Ferguson hanya sebelah tangan untuk menjulang trofi liga selepas mengalahkan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford kelmarin.

Ini bermakna United hanya perlu seri dalam dua perlawanan terakhir menentang Blackburn dan Blackpool, yang akan membolehkan mereka memintas Liverpool sebagai kelab paling berjaya dalam Liga Perdana.

Namun, Blackburn dan Blackpool pastinya terdesak untuk mengalahkan United sebagai usaha untuk mengelak penyingkiran.

"Saya tahu pemain saya tidak akan menerima nasib malang terlepas kejuaraan yang semakin hampir. Mereka akan meraih mata yang kami cari.

"Saya mungkin terkejut jika kami tidak menang ketika ini.

"Kami hanya perlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir di padang sendiri.

"Blackburn dan Blackpool adalah kelab yang hebat dan kami tidak mahu memandang rendah kerana kami menempuh perjalanan yang panjang untuk melakukan semua ini.

"Memang menakjubkan apabila menjadi pasukan yang paling banyak mencatat kejuaraan liga,'' kata Ferguson.

Pada perlawanan kelmarin, United menghampakan impian Chelsea menerusi jaringan Javier Hernandez hanya 37 saat selepas wisel permulaan, disusuli tandukan Nemanja Vidic pada minit ke-23.

Frank Lampard merapatkan jurang untuk Chelsea, namun United mempertahankan kedudukan itu sehingga wisel penamat.

Ferguson menambah: "Kami sepatutnya menjaringkan enam gol pada babak kedua kerana begitu banyak peluang gol.

"Saya rasa kami lebih bijak. Kami bermula dengan baik.

"Apabila Chelsea menjaringkan gol, kami agak cemas namun dengan sokongan peminat turut membantu kami,'' kata Ferguson. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga