slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 19 Mei 2011

Nyawa baru Abidal


ERIC Abidal memenangi pertarungan paling hebat sepanjang hidupnya dan kini dia berharap kembali cergas untuk menentang Manchester United dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Pertahanan Barcelona berusia 31 tahun itu kembali pulih selepas pembedahan tumor hati dibuang dua bulan lalu.

Dia kembali beraksi dalam perlawanan separuh akhir yang menyaksikan Barca menewaskan Real Madrid dan bersedia untuk menentang United di Wembley.

“Jurulatih kecergasan cukup mengenali saya dan mereka akan memastikan saya bersedia untuk perlawanan hari itu. Apabila perkara seperti ini berlaku dalam kehidupan anda, ia boleh mengubah anda dan ia banyak mengubah diri terutamanya sikap saya.

“Saya akan terus menjalani pemeriksaan kerana ia sudah menjangkiti hati saya tetapi ia mungkin menjadi sesuatu yang lain pada keesokan harinya,” katanya.

Ketika berdepan saat getir sebelum dan selepas pembedahan Mac lalu, Abidal membina kekuatan daripada sejumlah mesej sokongan yang diterimanya di seluruh dunia.

Malah pemain Real Madrid turut menyarung kemeja T dengan mesej semoga cepat sembuh selepas mereka menang ke atas Lyon di perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara.

Begitupun, pemain Perancis itu menegaskan apa yang mencetus semangat buatnya ialah kanak-kanak yang bertarung melawan kanser di wad hospital di mana dia menghabiskan masanya selepas pembedahan itu.

“Saya rasakan semua penyokong berada di belakang saya dan itu memberikan kekuatan untuk kembali.

“Ia bukan sesuatu yang mudah apabila perkara seperti ini berlaku kepada anda tetapi saya banyak belajar daripada kanak-kanak ini yang bertarung nyawa menentang penyakit itu di hospital,” katanya.

Abidal dianggap sebagai pencetus inspirasi di kalangan rakan sepasukan selepas dia melawat bilik persalinan Nou Camp, sehari selepas menerima berita itu dan memberitahu anggota skuad Barcelona.

“Sehari selepas saya dikesan mengalami tumor, saya pergi ke pusat latihan untuk memberitahu rakan sepasukan.

“Ia sehari sebelum perlawanan penting menentang Getafe dan saya memberitahu mereka supaya tidak risaukan saya. Saya memberitahu doktor akan membedah saya dan mengeluarkan sedikit bahagian hati yang dijangkiti, itu saja. Saya fikir ia membantu pasukan kerana mereka menang,” katanya.

Abidal tidak berpeluang meraikan kemenangan Barca dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara ke atas United pada 2009 kerana digantung selepas dibuang padang ketika menentang Chelsea di separuh akhir.

Tetapi menurutnya, dia tidak kisah jika tidak berpeluang bermain lagi asalkan mereka dapat menewaskan United.

Sementara itu, pemain Arsenal Cesc Fabregas mendedahkan tidak akan menghadiri perlawanan akhir Liga Juara-Juara bagi mengelak tuduhan bahawa dia mahu berpindah ke Barcelona.

Kapten Arsenal itu mahu menyertai kelab yang pernah diwakilinya ketika remaja musim panas lalu dan menjadi sasaran buat pasukan juara La Liga itu.

Tahun lalu, dia menyarung jersi Barca ketika meraikan kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia tetapi dia akan bercuti ketika pasukan Guardiola bermain di Wembley.

Fabregas, 24, yang tidak menyertai perlawanan akhir Gunners musim ini menentang Fulham, Ahad ini kerana kecederaan paha berkata dia tidak akan berada di perlawanan akhir itu kerana bercuti tetapi masih akan menonton perlawanan itu.

Malah Fabregas turut mengakui sukarnya memilih pemenang dalam perlawanan itu.“United mungkin meletakkan lapan atau sembilan pemain untuk bertahan dan cuba memecahkan barisan lawan menerusi serangan balas.

“Jika United mempertahankannya dengan baik, mereka mungkin berpeluang tetapi jika mereka tidak mengawal Lionel Messi, mereka pasti berdepan kesukaran,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga