slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 6 Mei 2011

Jadual padat jejas kualiti


Penjaga gol Perlis, Amini Ahmad Tabarani menangkap bola hasil percubaan pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (kiri) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu Selasa lalu. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

Terengganu terus memberi tekanan kepada dua pasukan teratas Liga Super, Kelantan dan Selangor.

Skuad penyu mengekori rapat kedua-dua pasukan setelah menewaskan pasukan tercorot, Perlis 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Selasa lalu tetapi mulai merasa kesan daripada jadual perlawanan yang padat.

"Sebab itu pada perlawanan malam ini (kelmarin) ramai pemain yang kejang dan mereka yang cedera pada perlawanan lalu belum pulih sepenuhnya," jelas pengurus pasukan, Datuk Che Mat Jusoh.

Keadaan itu, kata beliau menyebabkan kualiti pemain tidak berada pada tahap yang sepatutnya, kerana kebanyakan pemain keletihan.

Pada perlawanan tersebut, skuad Penyu diasak hebat oleh Perlis pada separuh masa pertama sehingga berjaya mengutip satu gol mudah melalui Nik Shahrul Hanizam Mohd pada minit ke-17.

Namun, Terengganu bangkit pada babak kedua dan akhirnya mengesahkan tiga mata hasil jaringan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-54 dan ke-76 dan Mohd Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Dalam pada itu, jurulatih sementara pasukan Perlis, Md Salim Topel Mohd. mengakui kekalahan anak buahnya pada pertembungan dengan Terengganu itu disebabkan keletihan, kerana jadual perlawanan yang padat.

"Saya minta FAM kaji semula jadual perlawanan pada musim akan datang agar kualiti persembahan dapat ditingkatkan.

"Namun, saya akui pemain Terengganu mempunyai tahap persembahan yang tersendiri dan sukar untuk ditandingi,'' katanya. - Utusan

1 ulasan:

  1. agak2 siapa yg akan jadi juara ya?

    Pasukan faberit den dah xdo harapan lai....kali ni den pilih Selangor....apo kata wak ang....

    BalasPadam

Iklan Mangga