slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 11 Mei 2011

Kelantan gagal pintas Selangor


PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd. Alif Samsudin (kiri) hampir terjatuh ketika perebutan bola dengan pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban semalam. - UTUSAN/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN - Hasrat Kelantan untuk kembali menerajui takhta Liga Super tidak kesampaian apabila sekadar seri dalam pertemuan menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Keputusan tanpa jaringan itu sekali gus membuatkan Selangor kekal di tempat pertama liga dengan 42 mata, manakala Kelantan hanya 40 mata selepas sekadar membawa pulang satu mata daripada perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan semalam, Kelantan bermula garang dan menguasai keseluruhan awal babak permainan.

Penyerang lincah Kelantan, S. Chanturu berjaya menggegar jaring tuan rumah pada saat akhir separuh masa pertama, namun gol tersebut dibatalkan kerana dia berada pada kedudukanofsaid.

Skuad Hoben Jang Hoben juga mempunyai peluang gol menerusi gerakan pemain sayap Shahurain Abu Samah dan pemain senior, Mohd. Shukor Adnan, namun cubaan mereka digagalkan dengan ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi.

Babak kedua pula memperlihatkan penguasaan maksimum Negeri Sembilan, namun beberapa percubaan gol terbaik gagal disempurnakan.

Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu memasukkan bekas penyerang kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus pada babak kedua.

Khalid menghangatkan suasana apabila berjaya meletakan bola ke dalam gawang pasukan tuan rumah, namun ia dibatalkan kerana ofsaid.

Mengulas perlawanan tersebut, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azrai Khor Abdullah berkata, dia berpuas hati walaupun hanya meraih satu mata.

Paling penting, katanya benteng pertahanan Negeri Sembilan berjaya menyekat Kelantan daripada menjaringkan gol.

"Kelantan mendominasi permainan babak pertama, namun kita bangkit dan lebih agresif pada babak kedua.

"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi terutamanya Irwan Fadly, yang beraksi cemerlang menyekat serangan pemain Kelantan," katanya.

Jurulatih skuad The Red Warriors, Datuk M.Karathu kecewa dengan keputusan tersebut, kerana gagal merampas kedudukan pendahulu liga.

"Kami mempunyai peluang gol pada babak pertama, namun gagal disempurnakan oleh jentera serangan," katanya. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga