slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 29 November 2010

United mendahului Chelsea

Pemain Chelsea, Didier Drogba (kanan) merembat deras ke arah pintu gol Newcastle sambil cuba dihalang Steven Taylor pada perlawanan Liga Perdana England di St. James Park, semalam. - AFP

Chelsea gagal ke tangga teratas liga apabila seri dengan Newcastle 1-1 di St James Park, semalam.

Manchester United menerajui liga dengan kelebihan dua mata ke atas Chelsea dan Arsenal, apabila mengumpul 31 mata, sementara kedua-dua kelab dari London itu memungut 29 mata.

Kegagalan meraih tiga mata semalam, bermakna Chelsea gagal mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka, selepas tunduk 0-3 kepada Sunderland dan 0-1 kepada Birmingham.

Ahad, 28 November 2010

United berpotensi pintas Chelsea

Manchester United melangkah dengan cemerlang pada perlawanan Liga Perdana England minggu ini setelah memperoleh kemenangan besar ketika menentang Blackburn dengan keputusan 7-1.

Kemenangan itu membolehkan United mendapat tiga mata sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan daripada 15 perlawanan yang telah berlangsung sebanyak 31 mata.

Sementara itu, perlawanan lain yang tamat sebentar tadi menyaksikan Manchester City sekadar seri 1-1 menentang Stoke, Everton tewas kepada West Brom 1-4, West Ham menang 3-1 menentang Wigan, Bolton seri 2-2 menentang Blackpool, Fulham dan Birmingham seri 1-1 manakala Wolves berjaya menewaskan Sunderland 3-2. - Agensi (Utusan)

Arsenal semakin unggul

Pemain tengah Aston Villa, Robert Pires (dua dari kanan) bersaing dengan penyerang Arsenal, Marouane Chamakh (kiri) dan bintang tengah Perancis, Samir Nasri (kanan) sewaktu perlawanan Liga Perdana di Villa Park, Birmingham, England, semalam. - AFP

Kemenangan Arsenal 4-2 ke atas Aston Villa pada perlawanan Liga Perdana, semalam mampu memberi kelegaan kepada pemain serta penyokong kelab itu setelah gagal mengutip sebarang mata pada perlawanan minggu lalu.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal mengumpul 29 mata daripada 15 perlawanan yang telah berlangsung dan sekali gus memberi semangat baru untuk Gunners memburu gelaran juara musim ini.

Pada perlawanan minggu depan, Arsenal dijangka bertemu Fulham, manakala Villa akan menghitung pertemuan dengan pasukan bimbingan Roy Hodgson, Liverpool.

Jumaat, 26 November 2010

Impian Spurs jadi kenyataan

PEMAIN Tottenham, Luca Modric, (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Peter Crouch (kanan) sewaktu menentang Werder Bremen dalam aksi Liga Juara Juara di White Hart Lane, London, semalam. - AP
Impian Tottenham Hotspur untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara akhirnya tercapai setelah berjaya menundukkan Werder Bremen 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan A di White Hart Lane, kelmarin.

Jaringan daripada Younes Kaboul dan Luca Modric membolehkan pasukan dari London itu selesa mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama.

Sekalipun, Gareth Bale gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas waktu rehat, Peter Crouch menambah gol ketiga pada minit ke-79 yang sekali gus menjamin tempat Spurs pada saingan 16 pasukan, sementara, Bremen pula tersingkir.

Kaboul yang muncul wira pasukannya ketika membantu Spurs menjaringkan gol pada lewat permainan untuk menewaskan Arsenal 3-2, Sabtu lalu, sekali lagi, meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila sepakan volinya pada minit ke-6 menerjah ke gawang lawan setelah menerima hantaran Aaron Lennon.

Modric menambah jaringan buat pasukan apabila meledakkan gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir setelah Crouch menanduk bola hasil hantaran Alan Hutton.

Crouch meletakkan pasukannya berada dalam kedudukan selamat selepas dia menyumbat gol ketiga dari jarak 5meter - Reuter

Manchester United mara lagi

PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney (kiri) dipeluk oleh penyokong (kanan) sewaktu dia meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika perlawanan menentang Glasgow Ranger dalam aksi Kumpulan C, Liga Juara Juara di Stadium Ibrox, Glasgow, Scotland, semalam. - AP


Wow!...hebat..... suka sangat,  pasukan kegemaran aku mara ke peringkat seterusnya.....

Dengan sepakan penalti Wayne Rooney pada minit yang ke 85 telah berjaya membawa Manchester United ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Ini terjadi setelah MU menewaskan kelab Scotland, Glasgow Rangers 1-0 semalam di Ibrox, Glasgow.

X sabar nak tunggu perlawanan selanjutnya......

Khamis, 25 November 2010

Hoki: Perak untuk Malaysia

Aduhai..... Malaysia dapat pingat perak la....

Tapi x apa la, sekurang-kurangnya pasukan hoki lelaki negara telah berhempas pulas di tengah padang, berjuang habis-habisan walau pun kecundang dgn 0-2.

Tapi, aku respect aaaa...pasukan hoki Pakistan memang mantap permainan mereka....gol Pakistan dijaring oleh Sohail Abbas pada minit ke 26 dan Rehan Butt pada minit ke 38.

Pingat perak pun perak la....ada kemajuan.....betul x?


Skuasy wanita lengkapkan sasaran 9 emas

Akhirnya, Malaysia berjaya melengkapkan sasaran 9 pingat emas hari ini melalui sukan skuasy berpasukan wanita akhir di Sukan Asia Guangzhou XVI.

Pada perlawanan yg baru tamat sebentar tadi, skuad negara menewaskan Hong Kong, 2-0.

Diharap selepas ini ada lagi pingat emas menyusul.

Tahniah buat pasukan skuasy wanita.


Australia kuasai anugerah

PEMAIN kebangsaan Australia, Sasa Ognenovski (kanan) dan Kathryn Gill (L) masing-masing dipilih Pemain Lelaki dan Wanita Terbaik AFC 2010 pada majlis anugerah khas di Petaling Jaya, semalam. - STR

Semalam, Australia telah mendominasi Anugerah Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas dua pemain kebangsaan skuad bola sepak lelaki dan wanita meraih Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya.

Pemain Piala Dunia 2010 Australia, Sasa Ogenovski meraih anugerah tersebut dengan mengenepikan pencabar Bader Al Mutawa (Kuwait), Farhad Majidi (Iran), Farshid Taledi (Iran) dan Husain Salman (Bahrain).

Australia turut cemerlang selepas pemain kebangsaan wanitanya, Kathryn Gill dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Wanita AFC dengan mengalahkan pencabar utamanya pemain Jepun, Homare Sawa dan Jo Yun Mi (Korea Utara).

Anugerah bagi kategori lelaki disampaikan oleh PM, Datuk Najib Tun Razak manakala untuk kategori wanita disampaikan oleh Presiden AFC, Mohamed Hamam.

Jepun memperolehi dua anugerah iaitu Pasukan Kebangsaan Terbaik dan Anugerah Jurulatih Terbaik Lelaki pula disandang oleh Takeshi Okada, jurulatih kebangsaan Jepun yang berjaya membawa Jepun ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan lalu.

Manakala Kelab Bola Sepak Asia Terbaik pula dimenangi oleh Kelab dari Korea Selatan, Seongnam Ilhwa Chunma.


Sukan Asia: Karate 2 Emas, 1 Gangsa

Semalam, karate membuka tirai sukan tempur dengan cemerlang, apabila Ku Jin Keat meraih emas pertamanya dalam individu Kata.

Selepas itu, rakan sepasukannya R.Puvaneswaran pula menambah emas kedua dalam pertarungan Kumite 55 kg.

Manakala menerusi wakil wanita, Lim Lee Lee pula turut menyumbang pingat gangsa menerusi acara individu Kata.

R. Puvaneswaran berteriak setelah memastikan pingat emas acara karate Kumite 55kg mengalahkan lawannya dari Arab Saudi pada Sukan Asia XVI di Guangzhou, semalam-Utusan Malaysia

Setakat ini, Malaysia telah memungut 8 emas dan sasaran 9 emas bergantung kepada acara skuasy berpasukan yang akan berlangsung hari ini.

Diharap rezeki emas berpihak kepada negara kita.

Rabu, 24 November 2010

Rangers janji sekat United


GLASGOW - Penyerang Rangers, Kenny Miller menegaskan pasukannya tiada pilihan selain daripada menewaskan Manchester United hari ini, untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Kelab dari Scotland itu mengalu-alukan kedatangan United ke Ibrox untuk perlawanan terakhir Kumpulan C, ketika kedua-dua pasukan kini memburu slot ke saingan 16 pasukan terbaik.

Miller mengakui aksi hari ini bakal menjadi perlawanan yang sukar, kerana prestasi skuad bimbingan Alex Ferguson berada pada tahap terbaik sepanjang minggu lepas.

''Kami banyak memerhati corak perlawanan mereka sebagai panduan untuk pasukan ini apabila menghadapi mereka.
''Pada perlawanan kali ini, saya mahu mencipta lebih banyak peluang gol dengan melakukan serangan, kerana beraksi di tempat sendiri bakal memberikan kelebihan kepada kami,'' kata Miller.

Sewaktu Rangers bertemu United pada perlawanan peringkat kumpulan September lepas, Ferguson menurunkan pemain seperti Fabio Da Silva, Chris Smalling dan Darron Gibson serta pemain bintang Dimitar Berbatov, Paul Scholes dan Ryan Giggs.

Bagaimanapun, pada perlawanan kali ini, United bakal menurunkan pemain tonggak kelab itu, Wayne Rooney (gambar di atas) yang telah pulih daripada kecederaan, sekali gus memberikan petanda awal bahawa skuad Ferguson serius untuk di pusingan kalah mati.

''Kami tidak kisah sama ada United mahu menurunkan seberapa ramai pemain bintang mereka, ia tidak membuatkan kami lemah semangat.

''Sungguhpun kami hanya sebuah pasukan kecil, itu tidak menjadi halangan untuk kami menghadapi pasukan gergasi Liga Perdana England itu,'' jelas Miller.

Dalam pada itu, Rangers berdepan kecederaan beberapa pemain utama seperti, Nikica Jelavic, James Beattie, Madjid Bougherra dan Maurice Edu, hanya Sasa Papac sahaja yang dijangka pulih sepenuhnya. - AFP

Hoki cipta sejarah ke final


GUANGZHOU – Jaringan emas Muhamad Amin Rahim pada minit kelima masa tambahan, meletakkan Malaysia ke babak akhir hoki buat pertama kali dalam sejarah Sukan Asia, semalam.

Anak-anak buah Stephen van Huizen mencatat kemenangan bersejarah 4-3, selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar, yang kemudiannya diheret ke babak penentuan masa tambahan.

Malaysia, yang menduduki tempat keenam pada Sukan Asia di Doha 2006, ke final menentang Pakistan, yang menewaskan juara bertahan Korea Selatan 4-3 pada penentuan penalti, setelah terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Kemenangan ke atas Pakistan, esok amat penting dalam usaha anak-anak buah van Huizen mendapatkan slot automatik ke Sukan Olimpik London 2012.

Penampilan terbaik skuad negara dalam sejarah Sukan Asia hanya setakat membawa pulang pingat gangsa sejak temasya Jakarta (1962), Tehran (1974), Bangkok (1978), New Delhi (1982), Beijing (1990) dan Busan (2002).
Pada perlawanan, semalam, Tengku Ahmad Tengku Abdul Jalil meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-32 menerusi jaringan padang, sebelum India bangkit mengatur serangan balas untuk menyamakan kedudukan tiga minit kemudian selepas memperoleh pukulan sudut penalti.

Sandeep Singh mudah melepasi jangkauan penjaga gol, S. Kumar sebelum babak pertama berhenti rehat.
India terus mengasak sebaik babak kedua bermula dengan mempamerkan permainan pantas dan mereka tidak perlu menunggu lama apabila Tushar Kandkar pantas mengambil peluang yang terhidang di depan mata, untuk meletakkan pasukannya mendahului permainan pada minit ke-37.

Tersentak dengan itu, Malaysia kembali mengatur gerakan dan berjaya memperoleh pukulan sudut penalti sebelum Azlan Misron mudah menyempurnakan peluang itu pada minit ke-49 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Permainan kembali rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Malaysia akhirnya dihukum daripada kesilapan kecil di depan gawang apabila pengadil memberikan pukulan sudut penalti kepada lawan. Ketua pasukan India, Raj Pal Singh melakukan tugas dengan baik, apabila menyempurnakan peluang untuk India mendahului Malaysia 3-2.

Ketika bayangan ke babak akhir dilihat pudar, Muhamad Amin kembali menghidupkan saingan, apabila tidak mensia-siakan peluang terhidang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-67 untuk kedudukan terikat 3-3 sebelum ke masa tambahan.

Malaysia tidak menunggu lama untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila Muhamad Amin muncul wira menjaringkan gol mutlak daripada pukulan sudut penalti.

“Lega rasanya apabila berjaya melangkah ke final, saya sangat bersyukur kepada Tuhan hari ini (semalam). Memang sudah dijangka ia bakal menjadi satu pertemuan yang sangat sengit dengan India, malah kita juga hampir-hampir kalah jika tidak berjaya mengikat mereka di saat-saat akhir.

“Namun, saya sangat gembira dengan komitmen serta semangat juang pemain kita yang bangkit melawan. Mereka telah menunjukkan satu persembahan yang wajar diberi pujian. Bukan mudah untuk menang dalam pertemuan kalah mati ini, terutamanya dengan India.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita mampu mendapatkan gol kemenangan lima minit selepas masa tambahan. Jika tidak saya rasa pemain kita sudah pasti keletihan dan tidak mungkin mampu menahan kemaraan pemain india. 

Apa pun saya amat berterima kasih kepada, Beng Hai yang banyak memberi bantuan kepada saya melatih pemain kita.
“Ini semua adalah pemain yang dia kenali dan skuad yang pernah dia kendalikan sebelum ini. Saya hanya melatih saja apa yang sepatutnya kepada pemain,” ujar van Huizen. – Utusan

Selasa, 23 November 2010

Penatnya....teruja pun ada.....

Oooohhh....aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih pada abang Ben Ashaari. Kerananya aku terkejut tengok...tiba2... byknya follower...

Pengikut (20)
Sudah menjadi ahli? Log masuk

Baru malam tadi...aku join....

Penat jari  ku menekan papan kekunci utk menjenguk blog follower dan jadi follower balik..... sampai x berkesempatan nak taip berita sukan terkini......

Teruja pun ada....terima kasih semua...sudi gak kau orang jenguk umah hamba yg x seberapa ni.....

Isnin, 22 November 2010

BLOGGER IN DA HOUSE : KHAS BUAT BLOGGER BARU

image
Dalam aku merayau & menerjah blog kawan2...
aku terjumpa blog yang menarik ni
aku nak join cam kwn2 lain
En Ben aku jadi follower anda
sudi2 la terima aku.....

Kalau kwn2 yg lain nak ikut serta
klik kat SINI
senang kan.....

Chelsea kalah lagi.....

Chelsea kecundang lagi kepada Birmingham 0-1 pada perlawanan Liga Perdana England, kelmarin.

Chelsea gagal mengutip mata dalam perlawanan itu, namun masih kekal di tangga teratas liga kerana memiliki kelebihan jaringan, walaupun sama 28 mata dengan Manchester United.

Kekalahan itu adalah yang ketiga buat Chelsea sepanjang 14 perlawanan setakat ini.

Penjaga gol Birmingham, Ben Foster menyelamatkan percubaan Chelsea sambil diperhatikan rakan sepasukan, Sebastian Larsson (kanan) yang mengawal pemain Blues, Alex pada perlawanan Liga Perdana England kelmarin. - AP


Sukan Asia-Skuasy: Emas untuk Nicol & Azlan

NICOL David berusaha membalas pukulan lawannya dari Hong Kong, Annie Au dalam perlawanan akhir perseorangan wanita skuasy Sukan Asia XVI di Guangzhou, semalam (Utusan)

TAHNIAH untuk Datuk Nicol David dan Mohamad Azlan Iskandar kerana berjaya membawa pulang pingat emas utk acara skuasy di Sukan Asia XVI Guangzhou semalam.

Nicol, pemain yang menduduki ranking No. 1 dan juara dunia turun selaku penyandang juara menentang lawannya dari Hong Kong, Annie Au, yang terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlawanan yang mendebarkan sebelum ratu skuasy itu mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.

Kejayaannya itu juga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya pada Sukan Asia sejak meraih emas pertama pada Temasya Bangkok 1998 sebelum tewas pada perlawanan akhir di Busan 2002 untuk pulang gangsa dan bangkit merampas kembali kemenangan dalam Sukan Asia Doha 2006.

Sementara itu, Azlan yang akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama Sukan Asia mengakui berasa puas selepas sekadar meraih perak di Doha 2006 selepas tewas kepada Ong Beng Hee pada perlawanan akhir.

''Pingat emas ini ditujukan untuk negara. Ini yang paling penting. Kami dibayar untuk mencari pingat emas dan bukan sekadar berusaha keras semata-mata," ujarnya.

Pada perlawanan akhir, semalam Azlan yang turun selaku pilihan pertama berjaya menewaskan lawannya dari Pakistan yang menang perak, Aamir Atlas Khan 11-6, 11-7, 11-6 yang terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki pemain Malaysia itu dalam tempoh 39 minit.

Ahad, 21 November 2010

Lee Chong Wei ke final. Beregu pulang dengan pingat perak

Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Asia XVI selepas mengalahkan Chen Jin dari China dengan keputusan 14-21, 21-15 & 21-7.

Datuk Lee Chong Wei bakal bertemu dengan Lin Dan dari China atau Park Sung Hwan dari Korea Selatan.

Manakala impian beregu Malaysia, Koo Kien Keat - Tan Boong Heong untuk mempertahankan emas yang dimenangi di Doha nampaknya berkecai selepas mereka tewas kepada pasangan dari Indonesia, Markis Kido - Hendra Setiawan, 21-16, 24-26 & 19-21 pada pertandingan akhir beregu di Sukan Asia XVI Guangzhou.

Apa2 pun aku doakan semuga tuah memihak kepada Malaysia tahun ini utk perlawanan single akhir nanti.

Takraw: pingat perak untuk dibawa pulang

Skuad sepak takraw kebangsaan hanya berjaya membawa pulang pingat perak selepas kecundang kepada Thailand dalam acara akhir berpasukan lelaki di Sukan Asia Guangzhou XVI.

Malaysia tewas dengan keputusan 2-0, manakala Thailand berjaya mempertahankan emas yang pernah diperolehi pada 4 tahun lepas di Doha.

Walau bagaimana pun, TAHNIAH diucapkan buat pasukan kebangsaan kita telah bertungkus lumus dalam kejohanan ini.

Mungkin rezeki belum berpihak kepada kita.

Sabtu, 20 November 2010

Malaysia mengamuk belasah Oman

BARISAN pemain Malaysia meraikan kejayaan membenam Oman 12-2 pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Hoki Aoti semalam

SKUAD hoki lelaki negara bagaikan 'mengamuk' di bumi Guangzhou apabila membelasah Oman 12-2 pada aksi ketiga Kumpulan A Sukan Asia Ke-16 semalam.
Setelah mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 2-2 kelmarin, anak buah Stephen van Huizen itu sedar mereka perlu menang besar ke atas Oman andai berhasrat mara ke separuh akhir.
Kini tugas skuad negara dilihat lebih mudah apabila China tewas 1-3 kepada Korea Selatan dan mereka hanya perlu seri apabila berdepan tuan rumah itu pada perlawanan terakhir Kumpulan A esok.
"Biarpun kita menjaringkan 12 gol, namun ia tidak membawa sebarang erti kerana China telah tewas kepada Korea Selatan," kata van Huizen semalam.
"Bagaimanapun, saya puas hati dengan aksi pemain kita hari ini (semalam) dan mereka juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi.
"Cuma ada beberapa kelemahan di barisan pertahanan yang perlu diperke- maskan lagi sebelum turun bertemu China.
"Apa pun, kita berharap mampu mencatat sekurang-kurangnya seri dengan mereka nanti, jika menang lagi bagus."
Pada aksi di Stadium Hoki Aoti semalam, skuad negara mendahului 7-0 pada babak pertama sebelum menambah lima gol lagi pada babak kedua.
Penjaring gol semalam ialah Azlan Misron (tiga gol), Muhd. Amin Rahim (dua), Faizal Saari (dua) dan satu gol masing- masing daripada Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Hafifihafiz Hanafi, Izwan firdaus Ahmad Tajuddin, Muhd. Razie Abd. Rahim dan Muhd. Marhan Muhd. Jalil.
"Aksi penentu kita adalah dengan China, jadi saya telah beritahu pemain agar bermain sedaya upaya untuk memasti- kan kita mara ke separuh akhir," kata van Huizen.
"Kita pernah mengalahkan mereka ketika Piala Sultan Azlan Shah yang lalu tetapi ketika perlawanan ujian di Dalian, kita kalah kepada mereka.
"Jadi saya rasa peluang kedua-dua pasu- kan seimbang, namun saya yakin kita mampu mengalahkan mereka di sini."
Kali terakhir Malaysia mengalahkan Oman ialah dengan jaringan 7-0 pada te- masya 1994 di Hiroshima manakala jari- ngan terbesar pernah dicatat pula ialah ketika menang 13-1 ke atas Hong Kong dalam Piala Asia 2007 di Chennai, India. - Kosmo

Iklan Mangga