slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 16 Februari 2011

Al-fatihah untuk Sairozi Daud

KOTA BHARU - Bekas pemain Kelantan, Sairozi Daud yang menderita akibat penyakit barah tengkuk sejak setahun lalu meninggal dunia di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu pagi semalam selepas mendapatkan rawatan di hospital itu sejak awal Januari lalu.

Allahyarham Sairozi, 32 tahun atau lebih dikenali panggilan ‘Abe’ di kalangan peminat bola sepak tempatan menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 9.30 pagi di sisi isterinya, Aisyah Norehan Azhari serta ibu bapanya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Kampung Pangkal Nering Timur, Machang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung berkenaan, selepas solat Zohor tengah hari semalam.

Penderitaan yang dialami pemain tersebut pernah dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada awal Disember tahun lalu dan mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood serta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa selain beberapa pihak lain yang tampil menghulurkan bantuan kewangan segera bagi meringankan beban yang dihadapi keluarga pemain itu.

Sementara itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui, pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian bekas pemain yang pernah mencipta nama bersama pasukan negeri ini.

“Pemergian Allahyarham Sairozi adalah satu kehilangan besar bagi bola sepak Kelantan. Arwah merupakan bekas pemain yang cukup dedikasi, berdisiplin serta pernah mengharumkan nama negeri ini suatu ketika dahulu.

“Sebagai menghormati pemergian beliau, kita akan bertafakur seketika bagi menghadiahkan al-Fatihah buat arwah sebelum sepak mula perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammed IV, malam esok (ini),” katanya.

Penyakit yang dihadapi Allahyarham mula dikesan pada awal Februari tahun lalu dan beliau pernah menjalani pembedahan di Hospital Pakar Sultan Abdul Samad, Johor Bahru.

Allahyarham pernah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali dan radioterapi sebanyak 36 kali ketika mendapat rawatan di sana, sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya pada penghujung Oktober tahun lalu.

Allahyarham memulakan kerjayanya selaku pemain bola sepak Kelantan apabila membantu negeri ini memenangi kejuaraan Piala Emas Raja-Raja pada tahun 2004. Setahun kemudian, beliau membantu pasukan Kelantan muncul juara Piala FAM sebelum diangkat beraksi dalam Liga Perdana tahun berikutnya.

Pada 2007, beliau bersama-sama seorang lain pemain, Azlan Ismail mengambil keputusan berhijrah ke Perlis sebelum memilih bermain dengan kelab Kuala Muda NAZA dalam Liga Perdana tahun berikutnya. Pada 2009, beliau mengambil keputusan berhijrah ke Johor sebelum menyarung jersi kelab Johor FC pada tahun lalu. - Sinar Harian

1 ulasan:

Iklan Mangga