slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 21 Februari 2011

Boling: Zulmazran rangkul emas pertama negara


SUBANG JAYA 21 Feb. - Zulmazran Zulkifli merangkul emas pertama Malaysia dalam acara perseorangan lelaki Kejohanan Tenpin Boling Komanwel di Megalanes Sunway Pyramid, sebentar tadi.

Dia yang ketinggalan jauh 66 pin di belakang Guillaume Francois Louw dari Afrika Selatan, bangkit pada game keenam (terakhir) dengan jatuhan pin 277, sekali gus memintas Louw yang tidak menjadi dan sekadar mencatat 169.

Zulmazran mencatat jumlah jatuhan pin keseluruhan 1,426 dengan kombinasi 264-256-236-203-190-277.
Seorang lagi wakil negara, Adrian Ang menamatkan saingan di tempat keempat.

Acara perseorangan wanita sedang berlangsung dengan Malaysia diwakili Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi. - Utusan

1 ulasan:

Iklan Mangga