slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 4 Mei 2011

Wings Terima Anugerah Ikon Rock Dari Naza


Awie (kanan) bersama SM Faizal.
PETALING JAYA: Kumpulan Naza, memberikan anugerah Ikon Rock kepada kumpulan Wings kerana kejayaan mereka memperjuangkan muzik berkenaan dalam industri hiburan negara selama 25 tahun.
Anugerah berupa plak itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama syarikat itu Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin selepas konsert yang diberi nama Wings Opera Hidup Superfriends malam Ahad lalu.
Konsert pada malam akhir itu diadakan khas anjuran Naza untuk pelanggan syarikat berkenaan termasuklah ahli kelab motosikal berkuasa tinggi, Harley-Davidson.
SM Faizal berkata, konsert yang bertemakan 'Harley-Davidson Nite' itu bukan sekadar untuk menghargai muzik Wings sebaliknya mempunyai apresiasi terhadap kehebatan motosikal Harley-Davidson.
“Selain menaja konsert berkenaan, Kumpulan Naza turut mengadakan sebuah karnival di Laman Beringin termasuklah sesi bertemu peminat sepanjang tempoh konsert berkenaan berlangsung,” katanya.
Sempena karnival itu, pertandingan motor cantik turut diadakan melibatkan beberapa jenis motosikal seperti vespa, “kapcai” dan juga skuter.
Konsert berkenaan diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 29 April sehingga 1 Mei lalu. - mStarOnline

1 ulasan:

Iklan Mangga