slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 25 Jun 2011

Chong Wei terus mara




HANYA Datuk Lee Chong Wei sahaja yang tinggal meneruskan cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Indonesia 2011.
Yang lainnya sudah gulung tikar termasuk beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Ee Hui selepas terkandas pada aksi peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta semalam. 
Kien Keat-Boon Heong tewas di tangan pasangan Indonesia, Ahsan Mohammad-Septano Bona 19-21, 14-21 manakala Pei Tty-Ee Hui terpaksa akur dengan kehebatan Marissa Vita-Melati Nadya juga dari Indonesia 17-21, 21-17, 17-21.
Kekalahan dua beregu negara itu sekali gus menyaksikan impian mereka untuk merangkul kejuaraan pertama tahun ini tidak kesampaian.
Begitupun, kegagalan tersebut sedikit terubat selepas Chong Wei tidak berdepan halangan mengenepikan cabaran pemain perseorangan Vietnam, Nguyen Tien 21-7, 21-12 pada aksi suku akhir semalam.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan pemain kelahiran Pulau Pinang itu semakin hampir bagi merealisasikan impiannya untuk merangkul kejuaraan ketiga berturut-turut pada Terbuka Indonesia.
Sebagai rekod, Chong Wei muncul juara Terbuka Indonesia pada tahun 2009 dan 2010.
Meskipun musuh tradisinya, Lin Dan dari China telah pun tersingkir pada pusingan kedua kelmarin, Chong Wei masih tetap perlu berwaspada apabila dua perseorangan dari negara Tembok Besar itu Chen Long dan Du Pengyu dijangka menantinya di peringkat separuh akhir.
“Biarpun Lin Dan menjadi pilihan untuk menentang saya di final tetapi saya belum lagi layak ke final dan saya tidak mahu terlalu memikirkan ke arah itu.
“Saya masih mempunyai beberapa pemain yang handal yang perlu ditempuhi pada peringkat separuh akhir esok (hari ini).
“Justeru, saya perlu fokus sehingga mencapai sasaran mempertahankan gelaran saya,” kata Chong Wei. - KOSMO

1 ulasan:

  1. gogogo datuk chong wei....semoga berjaya untuk malaysia http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/canon-vs-nikon.html

    BalasPadam

Iklan Mangga