slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 21 Jun 2011

Dapat kad merah, kena potong gaji




PEMAIN Terengganu dan T-Team yang dilayangkan kad merah dalam setiap perlawanan bakal berdepan hukuman tegas apabila gaji serta bonus mereka akan dipotong.

Namun, pemain hanya akan dikenakan hukuman seumpama itu jika didapati sengaja melakukan kesalahan sehingga menyebabkan mereka menerima kad merah, sekali gus menjejaskan prestasi pasukan.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen tinggi terhadap pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain dalam perlawanan dihadapi.

Ahmad juga sudah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) agar meneliti serta menjalankan siasatan ke atas pemain yang menerima kad merah dan sekiranya kesalahan itu disengajakan, tindakan segera dikenakan.

Katanya, siasatan itu penting bagi memastikan pemain terbabit tidak melakukan kesalahan dengan sengaja yang akhirnya mendorong pengadil 'menghadiahkan' kad merah kepada mereka.

“Bagi menjaga nama baik pasukan negeri ini, saya sudah mengarahkan PBSNT menjalankan siasatan terhadap pemain yang menerima kad merah untuk memastikan mereka tidak sengaja melakukan kesalahan itu.

“Jika mereka sengaja mendapatkan kad merah, mereka boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong dan sebagainya,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua cawangan Umno negeri di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, kelmarin.

Ahmad turut menjadikan pasukan serta kelab profesional luar negara sebagai contoh yang mempraktikkan hukuman itu. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga