slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 10 Jun 2011

NS didenda RM30,000


AKIBAT tindakan tidak bermoral segelintir penyokong Hoben Jang Hoben yang membakar bendera negeri Kelantan pada perlawanan Liga Super 12 Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) terpaksa menanggung padah didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Hukuman itu diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang menganggap insiden membakar bendera adalah satu kesalahan serius yang boleh mencetuskan api kemarahan penyokong lawan. 

Datuk Mohd Taufek Razak yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, hukuman yang dikenakan terhadap PBNS itu satu peringatan keras kepada semua pihak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. 

“Kami mendapati insiden membakar bendera itu berlaku di kawasan tempat penyokong Negeri Sembilan dan perkara ini diakui pegawai Negeri Sembilan FA.

“Kami memutuskan PBNS bersalah dalam pertuduhan ini dan didenda RM30,000. Selain itu jawatankuasa mengeluarkan amaran kepada PBNS supaya tidak mengulangi kejadian sama.

“Ini kes pertama kejadian bakar bendera dalam sejarah Liga Malaysia dan kesalahan ini amat serius. Kami mahu bertindak lebih awal untuk mengingatkan persatuan dan penyokong supaya tidak melakukannya kerana denda maksimun boleh dikenakan sehingga RM100,000,” katanya kepada pemberita pada sidang media semalam.  Insiden penyokong Negeri Sembilan membakar bendera Kelantan itu dilaporkan berlaku di penghujung perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. 

Bagaimanapun, tiada kekecohan berlaku selepas itu pada perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Menurut Mohd Taufek, PBNS masih diberi peluang merayu bagi meringankan jumlah denda itu kepada Jawatankuasa Rayuan FAM dalam tempoh 14 hari hukuman dijatuhkan. Ketika ditanya mengenai hukuman kepada penyokong yang melakukan kesalahan itu, Mohd Taufek berkata, ia bergantung kepada tindakan susulan oleh PBNS. 

Baginya, hukuman FAM ini adalah mesej jelas dan tepat pada masanya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Kelantan dan Terengganu esok. 

“Sebelum final Piala FA ini, saya merayu kepada penyokong Kelantan dan Terengganu supaya mendisiplinkan diri kerana kami akan melaksanakan tindakan mengikut kod etika FAM,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga