LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dikhabarkan cuba menutup mulut adiknya yang dikhianati dengan menyogoknya sebanyak 250,000 pound (RM1.25 juta).
Ryan, 37, akan meminta Rhodri sekiranya dia menandatangani perjanjian untuk tidak membuat pendedahan menggemparkan mengenai kegiatan seksnya.
Seorang rakan berkata: “Perkara terakhir yang tidak diingini Ryan ialah lebih banyak rahsia seksnya didedahkan.”
Bintang Manchester United itu meniduri isteri Rhodri, Natasha selama lapan tahun. Satu sumber yang rapat dengan Rhodri berkata, semalam: “Dia tahu terdapat wanita lain dalam kehidupan abangnya.”
Ryan hampir berjaya untuk menawarkan wang sogokan itu kepada adiknya. Rhodri kini diwakili peguam daripada Schillings, syarikat yang gagal merahsiakan hubungan sulitnya dengan bintang Big Brother, Imogen Thomas.
Sekiranya Rhodri menggunakan khidmat peguam yang tidak mampu dibayarnya, maka itu mungkin bermakna Ryan memujuknya supaya tidak mendedahkan lebih banyak rahsia seks. Rhodri yang kini tinggal bersama rakannya, Will Mellor pelakon siri televisyen, semalam muncul buat kali pertama sejak tiga hari dengan wajah murung.
Apabila ditanya adakah dia sudah bercakap dengan Ryan, dia menjawab: “Ya, saya sudah bercakap dengannya.” Rhodri dikatakan menimbang tawaran Ryan itu.
Satu sumber berkata: “Rhodri memberitahu bahawa Ryan mahu menutup mulutnya. Jumlah yang ditawarkan ialah suku juta paun.
“Kasihan Rhodri. Dia dikhianati Ryan tetapi masih tidak tahu apa tindakan terbaik perlu dilakukan.
“Dia mengalami detik yang sukar. Dia tidak punya banyak wang, jadi 250,000 paun itu amat berguna baginya.” - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan